Beberapa minggu lalu Jose Mourinho memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Zlatan Ibrahimovic.
Kini Manchester United sedang gigih untuk mencari generasi muda yang berkualiti. Victor Lindelof antara pemain muda yang direkrut oleh Manchester United musim ini.
Salah satu asas penting kepada pembentukan skuad Mourinho adalah merawat skuad Manchester United. Beliau sukses pada musim pertama. Kini, pada musim kedua, Mourinho ada urusan yang lebih serius.
Rumors Cristiano Ronaldo timbul apabila pemain itu dengan terbuka menyatakan kekecewaan beliau yang dituduh mengelakkan cukai.
Pemain ini jelas tiada dalam perancangan Mourinho dalam jendela perpindahan kali ini.
Laporan di Sepanyol menyatakan pemain itu sudah berjumpa Florentino Perez dan menyatakan hasratnya untuk keluar dari kelab tersebut.
Semua orang tahu akan cinta Cristiano Ronaldo kepada Manchester United dan begitu juga sebaliknya. Pengurusan Manchester United dikatakan berminat untuk membawa balik pemain itu.
Cuma buat masa ini, Ronaldo masih fokus dalam tugasan antarabangsa di Russia bersama-sama dengan Portugal.
Kuasa pemilik vs pengurus
Persoalannya, jika benar pengurusan tertinggi Manchester United mahukan Ronaldo, bagaimana dengan Mourinho?
Adakah beliau akan bersetuju dengan langkah ini? Apa kepentingan Ronaldo kepada pasukan beliau?
Mourinho pernah mengalami situasi di mana beliau dibelikan pemain oleh pemilik kelab. Sedangkan pemain tersebut tiada dalam radar dan perancangan beliau ketika di Chelsea.
Pengurus pasukan bukan sahaja menentukan siapa pemain yang beliau mahukan, mereka juga akan menentukan budget perpindahan pemain mereka.
Jadi, dengan budget yang diberikan kepada beliau, adakah Mourinho akan melaburkan sekurang-kurangnya £130 juta untuk Cristiano Ronaldo yang sudah berusia 32 tahun?
Sedangkan sebelum ini beliau telah mengeluarkan Ibrahimovic daripada pasukan. Antara salah satu sebabnya adalah mahu mengurangkan perbelanjaan gaji pemain yang tinggi.
Pada perpindahan yang lalu, Mourinho menjadikan Pogba sebagai pembelian termahal dalam sejarah bola sepak dunia dengan £89 juta.
Namun, harus diingat, Ronaldo adalah kuasa publisiti yang sangat kuat. Ia akan memberikan pulangan yang lumayan kepada jenama Manchester United.
Ini juga akan menaikkan publisiti Ed Woodward di mata penyokong United.
Adakah Manchester United benar-benar memerlukan tambahan publisiti ini? Kerana mereka adalah kelab yang sangat berpengaruh di dunia?
Saya berpandangan, Mourinho tidak akan campur tangan dalam urusan perpindahan Ronaldo. Beliau akan menyerahkannya kepada kelab.
Jika Mourinho menyatakan beliau tidak tahu akan hal ini. Ataupun pemain ini tiada dalam perancangan untuk dibeli. Anda jangan terkejut jika tiba-tiba Ronaldo ke Manchester United.
Ya! Ia adalah pembelian dari laluan lain di belakang Mourinho.
Ini bermaksud, jika Manchester United mahukan Ronaldo, mereka tidak boleh mengacau budget perpindahan yang ada pada Mourinho.
Dalam erti kata lain, Ronaldo akan menjadi pemain yang dibeli oleh kelab bukannya dari Jose Mourinho.
Dari segi kualiti, saya tidak rasa, Mourinho terlalu tertutup untuk menerima Ronaldo di dalam pasukan beliau kerana pemain itu kini banyak beraksi sebagai no.9 dan masih tajam.
Namun harus diingat, Manchester United turut dikaitkan dengan Morata. Mereka mahu mencari no.9. Adakah berita Ronaldo ini akan mempengaruhi Morata?
Dari segi budget mungkin ya. Sebab gaji pemain akan berada dalam budget Mourinho. Saya masih berpendapat, Mourinho lebih mengejar pemain seperti Morata berbanding dengan Ronaldo.
Jika Ronaldo menyertai Manchester United, mungkin beliau akan menjadi penyerang sayap kiri? Ini mungkin akan membawa kepada penjualan pemain seperti Martial.
Apapun, itu cuma teori dari kami.
Apa pandangan penyokong Manchester United. Adakah anda merasakan Ronaldo akan ke Manchester United. Jika ya! Adakah ia melalui Mourinho ataupun Ed Woodward?
Di akhir plot, jika Ronaldo tiba-tiba gagal memberikan impak, yang menjawab tetap Mourinho.