Pemain muda handalan Indonesia, Ronaldo Kwateh sempat berkongsikan pengalaman beliau ketika berada di Turkiye ketika bencana gempa bumi yang menyayat hati telah menimpa negara berkenaan baru-baru ini.
Ronaldo yang menandatangani kontrak bersama kelab divisyen kedua Turkiye iaitu Bodrumspor dilaporkan berada di sana pada hari kejadian gempa bumi tersebut berlaku.
#Transfer | ✍️ DONE DEAL
🇮🇩✈️🇹🇷 Indonesian's talent, Ronaldo Kwateh has officially joined Bodrumspor, a club playing in the second division of the Turkish Football League with a contract for 2 seasons until 2025.#PSSI pic.twitter.com/mAiSzrtdO8
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 14, 2023
Ketika ini beliau kembali ke Indonesia bagi menyertai kem latihan pusat sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Tahun ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang baik buat Ronaldo selepas beliau mencipta karier yang sangat baik sebelum itu bersama Madura United sebagai penyerang.
Pada usia yang masih muda iaitu 17 tahun, Ronaldo sudah pun mendapat tempat di Turkiye untuk menyertai salah satu kelab di sana pada musim ini.
Pada 6 Februari lalu, satu gempa bumi berskala 7.8 richter telah pun berlaku di Turkiye dan menyebabkan banyak kerosakan harta benda berlaku selain ada nyawa yang turut melayang.
“Apapun pertama sekali saya ingin melafazkan rasa syukur kepada tuhan, kerana diberi keizinan oleh jurulatih di Turkiye unruk membenarkan saya berlatih bersama Indonesia.
“Saya juga sangat bersyukur kerana segala perancangan di Turkiye berjalan lancar dan saya dapat menandatangani kontrak bersama pasukan baharu iaitu Bodrumspor.
“Ketika gempa bumi berlaku, kawasan didiami saya atau pasukan juga tidak terkesan langsung, cuma saingan liga dihentikan seketika kerana keadaan di sana agak teruk ketika ini.
“Memandangkan saingan liga berhenti seketika untuk menyelesaikan isu bencana tersebut, maka sebarang latihan juga tidak ada dan saya dibenarkan kembali ke Indonesia,” jelas Ronaldo menerusi CNN Indonesia.
Walaupun begitu, Ronaldo mengakui dirinya hanya mendapat pelepasan kelab sehingga saingan Piala Asia B-20 selesai dan perlu kembali melapor diri di sana selepas itu.
Sebelum itu, Ronaldo telah pun mengikat kontrak bersama pasukan tersebut pada 8 Februari lalu selama dua tahun dan dijangka tamat pada 30 Mei 2025.
🏆 Bodrumspor, Endonezya U23 Milli Takımı'nda forma giyen 2004 doğumlu kanat forvet oyuncusu Ronaldo Kwateh ile sözleşme imzaladı!
🇮🇩 Ronaldo Kwateh, Türkiye'ye forma giyen ilk Endonezyalı futbolcu olacak. pic.twitter.com/U9n0YIrd3q
— Transfer Merkezi ™ (@TransferMerkez) February 16, 2023
Selain Ronaldo, rakan beliau iaitu Marselino Ferdinan terlebih dahulu berjaya menandatangani kontrak bersama salah satu kelab di Belgium iaitu KMSK Deinze.