Ronaldo Kini Atasi Puskas Sebagai Orang Eropah Terunggul, Kejar Rekod Ali Daie

Jaringan tunggal Cristiano Ronaldo menentang Maghribi semalam mengesahkan beliau sebagai penjaring paling unggul di Eropah dalam arena antarabangsa mengatasi Ferenc Puskas.

Itu merupakan jaringan ke-85 beliau untuk Portugal dan yang ke-4 dalam edisi Piala Dunia kali ini. Sekaligus membolehkan beliau berada dalam senarai pendahulu untuk perebutan kasut emas Piala Dunia kali ini.

Ketika melakukan hatrik menentang Sepanyol dalam perlawanan pertama, Ronaldo sudah menyamaai rekod Ferenc Puskas dengan 84 gol antarabangsa. Puskas melakukannya dari tahun 1945 dan 1956.

Kini Ronaldo hanya dibezakan 24 gol daripada rekod gol Ali Daei yang diiktiraf sebagai penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa dengan 109 gol dari tahun 1993-2006. Ronaldo masih aktif untuk memburu gol.

Mirolslav Klose masih berada di tangga ke-3 untuk ranking pemain Eropah dengan 71 gol bersama Jerman.

Selain daripada berada di belakang Ali Daie, Ronaldo kini menjadi penjaring antarabangsa terbanya untuk pemain yang masih aktif bermain.

Ronaldo juga membuktikan beliau adalah penanduk bola yang bahaya dengan 24 gol daripada tandukan untuk Portugal. Secara keseluruhan, ‘kepala’ Ronaldo sudah menghasilkan 116 gol dalam karier beliau.

Ronaldo dan Portugal masih ada misi untuk diselesaikan dalam perlawanan terakhir menentang Iran untuk memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN