Cristiano Ronaldo menafikan dia cuba menembak Adidas dan Messi dalam keraian beliau yang seperti mengusap janggut.
Ramai yang merasakan ia sindiran kepada Adidas yang sebelum ini mengiktiraf Messi sebagai GOAT merujuk kepada Greatest Of All Time (Terulung Sepanjang Zaman).
Ini selepas Adidas membuat satu iklan yang menunjukkan Messi memegang kambing (goat) sebagai satu simbolik.
Ronaldo menyatakan keraian ‘janggut’ itu ditujukan kepada rakan beliau Ricardo Quaresma selepas peristiwa di sauna. Ronaldo ada bertaruh dengan rakannya itu.
Dalam perlawanan menentang Maghribi, Ronaldo dilihat ada menyimpan janggut dan wartawan bertanya tentang janggut dan keraian tempoh hari, sama ada benar ia merujuk kepada Ronaldo mengiktiraf dirinya GOAT. Ronaldo menjawab:
“Janggut ini? Oh, ia satu gurauan saya dengan Ricardo Quaresma.”
“Sebelum perlawanan menentang Sepanyol pada Jumaat, kami bersantai di sauna dan saya mulai mencukur muka saya, dan meninggalkan janggut ini.”
“Saya kata dengan dia, ini saya simpan, jika saya jaringkan gol esok (lawan Sepanyol) saya akan biarkan ia tidak dicuku sepanjang Piala Dunia ini.”
“Ia memberikan saya nasib yang baik, saya skor dalam perlawanan itu dan hari ini (menentang Maghribi) pun saya jaringkan 1 gol, jadi ia akan kekal tak dicukur.”
Ditanya sama ada beliau mahu memecahkan rekod Ali Daie, Ronaldo membalas:
“Saya tak peduli pun pasa rekod. Paling penting adalah pasukan kami menang dan kekal dalam landasan yang baik. Lawan kami sangat kuat. Maghribi bermain sangat baik, tetapi kami berjaya mendapat 3 mata.”
“Kini kami sudah ada 4 mata, dan hampir melayakkan diri ke kalah mati, itu objektif utama kami.”