Bengang Dengan Prosedur Cukai Di Sepanyol, Cristiano Ronaldo Mahu Kembali Ke England!

Cristiano Ronaldo membuat kenyataan yang beliau mahu kembali ke England. Pemain tersebut baru sahaja menafikan pertuduhan tidak membayar cukai yang dikenakan ke atasnya.

Kerajaan Sepanyol menuduh Ronaldo mengelak cukai bernilai £13.1 juta. Ronaldo mencabar pertuduhan tersebut dengan memberitahu, hak imej yang mahu dituntut oleh Lembaga Cukai Sepanyol itu adalah hak imej pada 2004.

Beliau menyertai Real Madrid 2010, jadi, Ronaldo rasakan kerajaan Sepanyol tidak ada hak ke atas duit tersebut.

Sejak 2015, urusan cukai untuk hak imej (pengiklanan) beliau telah diserahkan kepada pihak ketiga yang merupakan badan pengurusan cukai yang bebas. Syarikat tersebut berdaftar di Sepanyol.

Ronaldo masih tidak mahu mahu mengaku bersalah. Bercakap kepada Cedena Ser, Ronaldo memberitahu beliau tidak pernah lari daripada tanggungjawab terutama sekali untuk membayar apa yang beliau patut bayar.

FUNCHAL, MADEIRA, PORTUGAL – JULY 22: Dionisio Pestana, Cristiano Ronaldo and Miguel Albuquerque (President of the Regional Government of Madeira) during the opening of the new ‘Pestana CR7 Funchal’ Hotel owned by Cristiano Ronaldo on July 22, 2016 in Funchal, Madeira, Portugal. (Photo by Octavio Passos/Getty Images)

Beliau kali ini lebih berterus terang mengkritik dasar cukai di Sepanyol berbanding dengan England. Ronaldo berkata:

“Saya tidak pernah menghadapi masalah seperti ini ketika di England. Itulah sebabnya saya mahu kembali ke sana.”

“Saya masih ingat ketika saya tiba di England pada usia 18 tahun. Mereka menerangkan saya tentang perkara ini (cukai). Mereka memberitahu saya apa sistem dan saluran terbaik yang saya boleh gunakan.”

Ronaldo megakui di Sepanyol beliau tidak diberikan panduan seperti yang beliau dapat di England. Tiba-tiba ada arahan menyatakan cukai yang dibayar beliau tidak cukup.

“Berbeza dengan di Sepanyol, mereka hanya tahu memberitahu saya yang saya harus membayar lebih banyak lagi. Itu bukan masalahnya, saya sentiasa bersedia membayar apa yang saya patut bayar.”

Sumber

ITV – http://www.itv.com/news/2017-08-05/under-fire-cristiano-ronaldo-tells-spanish-press-hed-like-to-go-back-to-england-as-tax-probe-continues/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN