Ronaldo: “Hukuman Yang Tidak Masuk Akal Dan Satu Penganiayaan!”

Bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo membidas RFEF selepas rayuan beliau ditolak oleh badan bola sepak Sepanyol itu.

Sebelum ini RFEF memutuskan untuk menggantung Ronaldo 1 penggantungan automatik ditambah penggantungan 4 perlawanan kerana menolak pengadil.

Semalam, pihak Ronaldo telah membuat rayuan tetapi telah ditolak oleh RFEF. Jadi, penggantungan untuk 4 perlawanan itu akan dijalankan serta merta selepas penggantungan dalam perlawanan kedua Piala Super Sepanyol menentang Barcelona.

Ronaldo menyifatkan pihak RFEF sengaja memperbesarkan isu itu dan menjatuhkan hukuman yang tidak masuk akal.

Ronaldo dilayangkan kad kuning kedua ketika minit akhir perlawanan selepas didakwa pengadil melakukan simulasi. Sebelum itu beliau sudah mengutip satu kad kuning kerana meraikan gol dengan menanggalkan jersi beliau.

Beliau menulis mesej ringkas di instagram beliau dengan berkata:

“Ia nampak seperti diperbesarkan dan tidak masuk akal. Ini yang dipanggil penganiayaan!”

“Terima kasih kepada rakan sepasukan dan penyokong di atas sokongan anda.”

Pada awalnya, RFEF mahu menghukum Ronaldo gantung 12 perlawanan, namun memutuskan untuk menngantung hanya 5 perlawanan.

Ronaldo turut didenda €3,850 dan Real Madrid didenda €1,750.

Berikut adalah 5 perlawanan yang beliau tidak boleh bermain:

1. Real Madrid vs Barcelona (16/8/2017) – Supercoppa
2. Deportivo La Coruna vs Real Madrid (20/8/2017) – La Liga
3. Real Madrid vs Valencia (26/8/2017) – La Liga
4. Real Madrid vs Levante (9/9/2017) – La Liga
5. Real Sociedad vs Real Madrid (16/9/2017) – La Liga

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui yang beliau ternganggu dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Cristiano Ronaldo. Beliau menyifatkan ia tidak adil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN