Keakraban Cristiano Ronaldo dengan pemain pertahanan, Marcelo menyaksikan pemain berasal dari Portugal itu meminta kelab baharunya membawa bintang Real Madrid tersebut ke Juventus.
Ronaldo baru sahaja melengkapkan perpindahan bernilai 99 juta pound (RM528.11 juta) ke Old Lady apabila memutuskan untuk meninggalkan Real selepas sembilan tahun di Bernabeu.
Bintang Portugal itu memegang pelbagai rekod di Madrid tetapi kontrak empat tahun bersama Juventus menyaksikan dia bersedia untuk terus menjadi pemain terbaik untuk beberapa tahun akan datang.
Ronaldo dan Marcelo merupakan rakan karib sepanjang kedua-dua pemain itu berada di ibu negara Sepanyol itu.
🇮🇹 📰 | Corsera:
Juventus do not stop reinforcing their team despite signing Cristiano Ronaldo. Marcelo is also on their radar.
Juve haven't withdrawn themselves from the operation to sign Marcelo, who costs €40m-€60m. pic.twitter.com/OQD9IVykPS
— Arjun Pradeep (@IndianRegista) July 12, 2018
Menurut laporan akhbar Sport di Sepanyol, Ronaldo memberitahu Juventus untuk mendapatkan Marcelo pada hari dia menyertai kelab itu.
Pada masa sama, Marcelo juga memperkuatkan lagi spekulasi perpindahan itu dengan menyatakan dia akan menyertai Juventus.
“Kita akan bersama semula tidak lama lagi,” kata Marcelo selepas Real mengesahkan perpindahan pemain Portugal itu.
https://twitter.com/NivishaK/status/1017374768050462721
Pemain Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab termasuk Manchester United dan Paris Saint-Germain.
Bagaimanapun, Marcelo kembali ke padang latihan Real minggu ini untuk bertemu pengendali baharu mereka, Julen Lopetegui yang menggantikan Zinedine Zidane setelah legenda Perancis itu meninggalkan Santiago Bernabue selepas tiga musim