Ronaldo Kwateh dijangka menjadi antara pemain yang akan dipanggil Indonesia untuk menyertai skuad bawah 22 (B-22) bagi mengharungi saingan Sukan SEA 2023 yang akan datang.
Saingan yang bakal berlangsung di Kemboja itu menyaksikan Indonesia menjadi antara pasukan yang serius mahu mempersiapkan diri bagi merebut pingat emas bersama negara lain.
https://twitter.com/tribunbalikanal/status/1643815360909705218?s=46&t=rImWp7Ls340mUxMyQ4X-Ig
Seperti diketahui, Indonesia menjadi antara negara yang aktif dengan bakat-bakat muda berkualiti serta sudah pun beraksi di luar negara untuk dipanggil memperkuatkan pasukan kebangsaan.
Malah, untuk skuad B-22 ini juga menyaksikan beberapa nama besar di Indonesia juga berkemungkinan akan turut dipanggil menerusi prestasi semasa mereka serta pengalaman bermain di luar negara.
Ronaldo antara pemain yang mempunyai peluang besar untuk dipanggil Indonesia B-22 kali ini, setelah prestasi semasa beliau sebelum itu dalam saingan Liga 1 Indonesia sangat konsisten.
Malah, ketika ini beliau sudah pun berada di Turkiye bagi mewakili Bodrumspor dalam saingan divisyen dua walaupun masih muda dengan mencecah usia 18 tahun.
Untuk memperkuatkan serangan, nama beliau disebut sebagai calon kuat untuk dipanggil oleh pengendali Indonesia B-22 iaitu Indra Sjafri pada aksi Sukan SEA yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Selain Ronaldo, beberapa nama lain yang turut mendapat perhatian ialah Marselino Ferdinan, Pratama Arhan, serta pertahanan tinggi lampai iaitu Elkan Baggott.
Menurut Indra, setakat ini beliau menyerahkan hal untuk memanggil para pemain yang bermain di luar negara itu kepada pengurus pasukan supaya menghubungi wakil kelab secepat mungkin.
“Mengenai Marselino, Arhan, dan Baggott, saya sudah serahkan segalanya kepada pengurus pasukan untuk menghubungi wakil kelab mereka dengan kadar segera.
“Kita sudah pun menghantar satu surat rasmi sejak minggu lalu, dan beberapa kelab luar negara tersebut sudah pun memberi maklum balas. Apapun kami akan terus menanti jawapan-jawapan lain,” jelas pengurus Indonesia B-22 iaitu Sumardji menerusi CNN Indonesia.
Pada masa sama, Sumardji juga tidak menolak jika ada mana-mana pemain luar negara yang akan menyertai pasukan ketika saingan Sukan SEA 2023 telah pun berlangsung nanti.
#Transfer | ✍️ DONE DEAL
🇮🇩✈️🇹🇷 Indonesian's talent, Ronaldo Kwateh has officially joined Bodrumspor, a club playing in the second division of the Turkish Football League with a contract for 2 seasons until 2025.#PSSI pic.twitter.com/mAiSzrtdO8
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 14, 2023
Pemain seperti Baggott yang kini bermain untuk Cheltenham Town di England masih lagi mempunyai jadual perlawanan perlu diharungi ketika Aksi Sukan SEA berlangsung dan beliau mungkin lewat menertai Indonesia.