Cristiano Ronaldo dilaporkan telah dijatuhi hukuman gantung 2 perlawanan dan denda bernilai £50,000 (RM274,000) oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris kerana kesalahan beliau menghempas telefon bimbit milik penyokong.
Pada April lalu, bekas bintang Manchester United itu telah didakwa atas kesalahan berkait tingkah laku tak sopan/ ganas selepas beliau menghempas telefon bimbit milik penyokong Everton di Goodison Park.
Menurut sumber laporan dari The Mirror, pihak FA telah mengumumkan secara rasmi hukuman ke atas pada minggu ini berserta laporan lengkap berkait salah laku pemain berusia 37 tahun itu.
Cristiano Ronaldo has been fined £50,000 and handed a two-game suspension by the Football Association pic.twitter.com/ptISMhCNyH
— SPORTbible (@sportbible) November 23, 2022
Hukuman penggantungan itu sepertinya tiada makna lagi pada ketika ini kerana Manchester United sudah secara rasminya membatalkan kontrak bintang Portugal itu.
Walau bagaimanapun, seandainya Ronaldo menyertai mana-mana kelab dalam saingan Premier League selepas ini, maka beliau bakal terlepas dua perlawanan awal bersama kelab tersebut.
Ronaldo bersama Manchester United sudah mencapai kata sepakat untuk membatalkan kontraknya selepas tercetusnya kontroversi antara legenda Portugal itu bersama kelab.
Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu mengeluarkan kenyataan-kenyataan panas dalam temu bual beliau bersama Piers Morgan dan menyebabkan seluruh kem Manchester United tidak gembira dengannya.
Cristiano Ronaldo is to leave Manchester United by mutual agreement, with immediate effect.
The club thanks him for his immense contribution across two spells at Old Trafford.#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) November 22, 2022
Dalam temu bual tersebut, Ronaldo telah menghentam kelab tanpa belas dan beliau turut mengkritik bekas pengurus interim kelab, Ralf Rangnick.
Lebih mengejutkan lagi, beliau turut menghentam pengurus United pada ketika ini, Erik ten Hag dengan mengatakan yang beliau tidak akan menghormati bekas pengurus Ajax itu.
Manchester United telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menyatakan:
Cristiano Ronaldo statement 🚨🇵🇹
“Following talks with Manchester United, we’ve mutually agreed to end our contract.
I love Manchester United and I love the fans, that will never ever change.
It feels like the right time to seek a new challenge.
I wish Man Utd all the best”. pic.twitter.com/rQTxEIjrLA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 22, 2022
“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United serta merta atas persetujuan antara kedua-dua belah pihak.”
“Pihak kelab mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan sepanjang dua kali kariernya di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dari 346 perlawanan dan kami doakan dia bersama keluarganya baik-baik sahaja di masa hadapan.”
“Semua orang di Manchester United akan terus beri tumpuan untuk menaik taraf skuad di bawah kendalian Erik ten Hag dan akan bersama-sama hadirkan kejayaan di atas padang.”
Cristiano Ronaldo kemudiannya turut mengeluarkan kenyataan peribadi dengan menyatakan:
“Ekoran dari perbincangan bersama Manchester United, kami sudah bersepakat untuk mengakhiri kontrak saya lebih awal lagi.”
.@Cristiano's farewell message to @ManUtd pic.twitter.com/0KPsxny0To
— Premier League (@premierleague) November 22, 2022
“Saya sayangkan Manchester United dan saya sayangkan penyokong, hal itu tidak akan pernah berubah. Walau bagaimanapun, rasanya sekarang adalah masa yang tepat untuk saya mencari cabaran baru.”
Tulis Ronaldo di laman media sosial miliknya.
Ronaldo pada ketika ini sedang berada di Qatar dengan beliau bakal memimpin Portugal untuk beraksi di pentas Piala Dunia.