Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo digantung 5 perlawanan selepas insiden menolak pengadil ketika perlawanan el calsico Ahad lalu.
Ronaldo dilayangkan kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah pada minit ke-81 kerana simulasi. Beliau tidak berpuas hati dan menolak pengadil.
‘Contact’ itu tidaklah kuat namun ia tetap kesalahan berat di bawah peraturan kesatuan bola sepak Sepanyol, RFEF dan juga ketetapan FIFA.
https://www.youtube.com/watch?v=r1O4npzQNyI
Kad merah itu jelas merosakkan malam cemerlang Ronaldo yang menjadi pemain penting dalam kemenangan 1-3 Real Madrid di hadapan penyokong Barcelona.
Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane berpendapat, kad merah adalah agak keras untuk Ronaldo. Sebelum itu Ronaldo dilayangkan kad kuning pertama kerana meraikan gol dengan menanggalkan jersinya.
Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh RFEF:
“Untuk akaun pertama, Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo akan digantung secara automatik satu perlawanan setelah menerima dua kad kuning.”
“Kad kuning pertama kerana menanggalkan jersinya ketika meraikan golnya dan yang kedua adalah untuk simulasi. Kelab akan didenda €350 dan pemain didenda €800 untuk kesalahan tersebut.”
“Pada akaun kedua, Cristiano Ronaldo akan digantung empat lagi perlawanan kerana melanggar ketetapan 96 kod disiplin, dengan denda €1,400 untuk kelab dan denda €3,005 untuk pemain.”
Penggantungan pertama Ronaldo akan berkuat kuasa pada perlawanan timbal balik Piala Super Sepanyol pada Rabu ini.
Ronaldo kemudiannya akan terlepas perlawanan La Liga menentang Deportivo La Coruna, Valencia, Levante dan Real Sociedad.
Ronaldo diberikan 10 hari untuk melakukan rayuan jika beliau mahu berbuat demikian.