Ronaldo: “Cristiano Berlatih Kerana Minat, Saya Berlatih Kerana Terpaksa”

Ronaldo Luiz Nazario De Lima ataupun Ronaldo Fenomeno menzahirkan rasa kagum dan ‘cemburu’ beliau kepada seorang lagi Ronaldo iaitu Cristiano Ronaldo.

2 pemain ini memiliki nama yang sama dan merupakan legenda untuk negara mereka serta kelab Real Madrid. Ronaldo Fenomeno berkata, walaupun kedua-dua mereka memiliki keinginan yang tinggi dalam memburu gol, mereka tetap ada perbezaan dari segi beberapa perkara.

Menurut Ronado Fenomeno: “Walaupun objektif kami sama [untuk menjaringkan gol], namun kami berbeza dari segi posisi dan cara kami bermain di dalam padang. Tetapi Cristiano kini banyak bermain di peranan lebih di serangan tengah, beliau kini ada cara lain untuk mencari gol – dengan hormat – beliau melakukan apa yang saya pernah lakukan.”

“Sudah tentu kami ada keinginan yang hampir sama untuk menjaringkan gol.”

Ronaldo Fenomeno mengakui 1 perbezaan terbesar di antara mereka adalah bentuk badan pada usia 33 tahun. Beliau kagum dengan fizikal Ronaldo yang kelihatan sangat mantap. Pada pra musim yang lalu, doktor perubatan di Juventus mengesahkan fizikal Ronaldo adalah seperti kebanyakan pemain yang berusia 20 tahun.

Gambar: Juventus

Bagi Ronaldo Fenomeno, Cristiano Ronaldo mendapat bentuk badan terbaik itu kerana usahanya, dan bukannya kerana faktor semulajadi. Cristiano Ronaldo sangat teliti dan cerewet dalam soal menjaga pemakanan dan rutin latihan seharian.

Cristiano Ronaldo berlatih kerana minat dan cintanya kepada apa yang beliau lakukan. Manakala Ronaldo Fenomeno mengakui beliau dahulu berlatih kerana terpaksa – sebab ia adalah satu tanggungjawab -jadual latihan sudah ditetapkan oleh kelab. Jika tak datang latihan boleh dikenakan tindakan dan juga kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.

Ronaldo Fenomeno berkata: “Bukan satu kebetulan di mana Ronaldo sudah berusia 33 tahun dan badannya masih semantap itu. Saya rasa tak ramai pemain yang mampu menjaga badan seperti beliau lakukan dengan banyak usaha dilakukan untuk memperbaikinya.”

Menurut bekas penyerang Brazil itu lagi, beliau dan Cristiano Ronaldo disediakan tempat latihan serta rutin latihan yang hampir sama ketika bergelar pemain profesional. Namun apa yang membezakan mereka adalah disiplin.

“Saya tidak kata konsep latihan kami dan keprihatinan dalam berusaha ketika latihan itu berbeza. Namun perkara yang membezakan kami iaitu: Saya berlatih kerana terpaksa melakuknnya, manakala beliau berlatih kerana beliau menyukainya,” tambah beliau lagi.

Ronaldo Fenomeno merasakan sukar untuk membandingkan 2 zaman mereka. Ini kerana evolusi bola sepak dan kualiti lawan mereka adalah berbeza. Lantas beliau menyatakan beliau lebih selesa untuk bercerita tentang pengalaman beliau bermain dahulu tanpa perlu membandingkannya dengan Ronaldo.

Beliau berkata: “Kami ada beza 9 tahun dalam era permainan kami. Era kami bermain adalah sangat berbeza. Saya tak maksudkan zaman saya dahulu lebih sukar, namun saya nak katakan kami berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan pasukan yang berbeza.”

Ketika ditanya pandangan beliau tentang Ballon d’Or – di mana Cristiano Ronaldo gagal memenanginya – beliau menjawab ianya jelas menunjukkan undian kali ini dipengaruhi oleh prestasi pada Piala Dunia 2018.

“Kami sebagai pemain sudah masak dengan perkara ini. Semua orang tahu Ballon d’Or dipengaruhi oleh keputusan dalam Piala Dunia. Modric di Croatia melakukannya dengan lebih baik berbanding Ronaldo Portugal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN