Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi rekod apabila menjadi pemain terpantas yang berjaya menjaringkan 300 gol dalam saingan La Liga musim ini.
3️⃣0️⃣0️⃣ La Liga goals for Cristiano Ronaldo 🙌 pic.twitter.com/pbTYFk1qaV
— B/R Football (@brfootball) March 3, 2018
Rekod tersebut tercipta selepas Real Madrid mencatat kemenangan ke atas pasukan Getafe 3-1 di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Ronaldo menjaringkan gol pada babak pertama setelah memanfaatkan umpanan daripada Karim Benzema menjadikannya gol ke-300 pemain Portugal itu sejak menyertai skuad bimbingan Zinedine Zidane itu pada musim panas 2009.
Cristiano Ronaldo reached 3️⃣0️⃣0️⃣ pretty fast 💥 pic.twitter.com/e4uQEXhC1C
— B/R Football (@brfootball) March 3, 2018
Ronaldo merupakan pemain kedua yang berjaya mencapai jumlah jaringan tersebut setelah bintang Barcelona, Lionel Messi melakukannya yang kini dengan 372 gol.
Namun, Ronaldo berjaya mencapai 300 gol itu dengan jumlah perlawanan yang lebih sedikit dari Messi dengan 286 perlawanan dibandingkan dengan 334 perlawanan oleh bintang Barcelona itu pada Februari 2016.
Ronaldo kemudian menambah gol menjadi 301 gol setelah mencetak gol ketiga Real pada minit ke-78.
Dengan gol itu, pemain berusia 33 tahun tersebut telah menjaringkan 16 gol dalam 21 perlawanan La Liga musim ini atau 30 gol dalam 32 perlawanan di semua kejohanan.
Kemenanga ke atas Getafe memberikan keyakinan tinggi buat Real menjelang aksi timbal balik kelompok 16 Liga Juara-Juara bertemu PSG Selasa ini, di mana Real mendahului 3-1.
“Ia perlawanan yang kami harapkan,” kata pengendali Real Zinedine Zidane.
“Kami melakukan persiapan rapi untuk perlawanan Selasa. Kami terpaksa bermain dengan rentak lebih tinggi, tetapi kami sudah bersedia.”
Dalam saingan La Liga, Real Madrid merapatkan jurang dengan Atletico Madrid yang menghuni tangga kedua kepada tujuh mata.