Ronaldo Catat Hatrik Pertama Dalam Serie A

Cristiano Ronaldo menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua untuk mencatat hatrik pertamanya pada saingan Serie A dan seterusnya membantu Juventus menang 4-0 ke atas Cagliari di Stadium Allianz pada Isnin.

Kapten Portugal itu memanfaatkan kesilapan pertahanan Cagliari untuk memecah kebuntuan empat minit selepas bermula babak kedua sebelum menambah gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-67.

Selepas membantu jaringan Gonzalo Higuain untuk gol ketiga pada minit ke-81, Ronaldo melengkapkan malam gemilang skuad Bianconeri itu dengan gol keempat menerusi serangan balas pantas seminit selepas itu.

Ronaldo telah menjaringkan lapan gol dalam lima perlawanan liga berturut-turut dan kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan Juventus di puncak Serie A dengan 45 mata daripada 18 perlawanan, tiga mata mengatasi Inter Milan yang akan berkunjung ke Napoli dalam satu lagi perlawanan.

Cagliari yang kini berada di kedudukan keenam liga kental bertahan pada separuh masa pertama dan berupaya menghalang percubaan demi percubaan termasuk peluang terbaik dari tandukan Merih Demiral hasil dari sepakan penjuru yang terkena palang.

Tetapi akhirnya skuad Rossoblu itu terpaksa akur dengan kehebatan Juventus bermula dengan kesilapan Ragnar Klavan yang membuat hantaran lintang di kawasan sendiri telah dipintas oleh Ronaldo yang kemudiannya menggelecek penjaga gol Robin Olsen dan terus merembat masuk ke dalam gawang yang sudah terbuka.

Cagliari cuba bangkit melawan menerusi percubaan dari Giovanni Simeone, namun tandukannya terkena palang, tetapi mereka akhirnya terus dihukum dengan kecuaian barisan pertahanan termasuk kesalahan Marko Rog yang menjatuhkan Paulo Dybala dalam kotak penalti dan Ronaldo menyudahkannya dengan sempurna.

Ronaldo telah melengkapkan catatan hatrik ke-36 sepanjang kariernya, lebih dua daripada Lionel Messi dan beliau telah mengumpul 15 gol pada musim ini termasuk 13 dalam saingan Serie A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN