Ronaldo Bengang Ten Hag Keluar Kenyataan Tentangnya Kepada Media

Cristiano Ronaldo bengang kerana Erik ten Hag mengeluarkan kenyataan kepada media tentang sikap beliau dan hal itu menjadi topik perbualan hangat para peminat.

Erik ten Hag kecewa dengan tindakan Cristiano Ronaldo yang meninggalkan stadium sebelum wisel penamat dibunyikan ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Rayo Vallecano hujung minggu lalu.

Sehari sahaja selepas Manchester United mengesahkan yang mereka tiada masalah dengan isu Cristiano Ronaldo meninggalkan arena ketika aksi bertemu Rayo Vallecano sebelum ini, Erik ten Hag tampil meluahkan rasa kecewa beliau tentang hal tersebut.

Pengurus baharu Manchester United itu menganggap yang tindakan Cristiano Ronaldo sebenarnya satu tindakan yang tidak boleh diterima.

Dalam satu temu bual bersama media Belanda, Viaplay Sport Nederland, Ten Hag telah ditanya tentang pandangan beliau berkait insiden yang berlaku di Old Trafford baru-baru ini.

Selepas beliau dikeluarkan pada aksi babak kedua dalam pertemuan bertemu Rayo Vallecano, Ronaldo dilihat segera meninggalkan Old Trafford.

Beliau bahkan meninggalkan stadium sebelum pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat lagi.

Ia merupakan satu hal yang telah menyebabkan para peminat mula berdebat tentang hal tersebut dan ramai yang kecewa dengan tindakan Ronaldo itu.

Selepas beberapa kali menolak untuk memberi komen, Manchester United baru-baru ini mendedahkan yang mereka tiada masalah untuk pemain berusia 37 tahun itu meninggalkan arena lebih awal.

Mereka turut mengesahkan kepada The Daily Mail yang Ronaldo merupakan antara pemain yang meninggalkan Old Trafford ketika perlawanan masih lagi sedang berlangsung.

Dua hari kemudian, Erik ten Hag pula tampil untuk memberi pandangan dan ia sepertinya bercanggah dari apa yang dinyatakan oleh Manchester United sendiri.

Pengurus dari Belanda itu tidak gembira dengan hal tersebut dan beliau tak bersetuju pemain meninggalkan stadium sebelum wisel penamat dibunyikan.

Berikut merupakan perbualan antara Erik ten Hag bersama Viaplay Sport Nederland:

Wartawan:

“Pada awal perbualan, kita bercakap tentang bagaimana pentingnya bagi kamu untuk ada pemain yang tiba tepat pada waktu dan perhatian kamu terhadap sesuatu secara terperinci.”

“Tapi Cristiano sepertinya hanya akan datang dan pergi sesuka hati dia, bagaimana kamu uruskan itu?”

Ten Hag kemudiannya menjawab:

“Dia dibenarkan untuk cuti kerana alasan peribadi dan keluarga dia, jadi apa yang kamu kata ia jelas sekali tak betul.”

Wartawan kemudiannya menyoal:

“Tapi ketika bertemu Rayo, dia pergi meninggalkan perlawanan ketika rehat.”

Ten Hag lalu menjawab:

“Sebenarnya ada ramai lagi pemain yang pergi.”

Wartawan kemudiannya menyoal lagi:

“Jadi adakah kamu rasa itu OK? Biarkan begitu saja?”

Mendengar soalan itu, Ten Hag menjawab:

“Tentu saja tidak.”

Untuk dapatkan kepastian, wartawan kemudiannya menyoal:

“Jadi bagaimana kamu uruskan itu?”

Ten Hag menjawab:

“Saya tentu saja tidak menerima ini. Ia merupakan perbuatan yang tak boleh diterima. Untuk sesiapa saja. Kita sebagai satu pasukan dan kamu perlu tunggu sampai habis.”

Ramai peminat yang jelas sekali bersependapat dengan Erik ten Hag dan menganggap tindakan Cristiano Ronaldo itu tak sepatutnya dilakukan.

Dengan beliau sebelum ini hangat dikaitkan terdesak mahu meninggalkan kelab, isu ini jelas sekali menambah lagi rasa tidak percaya peminat terhadap komitmen beliau.

Ronaldo tak gembira Ten Hag keluar kenyataan tentang dirinya 

Cristiano Ronaldo sendiri turut tampil mendedahkan yang beliau sama sekali tidak gembira dengan tindakan pengurus barunya itu yang mengeluarkan kenyataan tentang beliau kepada media.

Legenda Portugal itu merasakan yang Ten Hag tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut dan ia sebenarnya sekadar memburukkan lagi keadaan.

Hal ini sepertinya menyebabkan hubungan antara Ronaldo dan Ten Hag semakin retak dan mungkin agak sukar untuk mereka bekerjasama.

https://twitter.com/MirrorFootball/status/1554817611271049216?t=p2L7_qsA183kYmflvh_6nQ&s=19

Adakah Ronaldo akan terus kekal? Atau beliau akan segera meninggalkan kelab pada musim panas ini? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN