Apabila hidup berpasangan, memberi duit nafkah adalah tanggungjawab pihak lelaki atau suami kepada pasangan – lebih-lebih lagi jika pasangan merupakan suri rumah.
Jika anda adalah seorang ketua keluarga, berapa banyakkah duit yang anda berikan kepada isteri atau pasangan sebagai ‘nafkah’ bagi menyara keperluan hidup yang semakin tinggi pada hari ini?
Bagi bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, beliau memberi duit nafkah sebanyak £80,000 atau dalam duit Malaysia sebanyak RM432,732 setiap bulan kepada tunangnya, Georgina Rodriguez.
Felicidades mi amor! Te deseo un día muy lindo! Eres una gran mujer y una excelente madre para nuestros hijos. Te quiero mucho cariño!🎂❤️😘 pic.twitter.com/AM12lDQazk
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) January 27, 2020
Akhbar Berita Harian melaporkan, perkara berkenaan telah didedahkan oleh syarikat penerbitan Itali, Corriere dello Sport yang menjelaskan Ronaldo bermurah hati memberikan duit dengan nilai sebesar itu kepada tunangnya setiap bulan.
Bagi rakyat Malaysia, mungkin duit nafkah itu boleh dianggap teramat tinggi. Namun apabila melihat semula jumlah pendapatan diperolehi oleh Ronaldo setiap bulan yang mencecah sehingga jutaan ringgit setiap bulan, sudah tentu beliau tiada masalah untuk memberikan nilai sebanyak itu.
Elaun tersebut tidak termasuk dengan perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti percutian mewah, sambutan hari lahir dengan hadiah yang mahal serta perbelanjaan rumah, anak-anak dan sebagainya.
Kehidupan berkeluarga Ronaldo telah menarik perhatian banyak pihak dengan sikapnya yang mementingkan hubungan kekeluargaan di mana beliau kini mempunyai 4 orang anak dan dijaga bersama tunangnya itu.
Always with me 👨👩👦❤️ pic.twitter.com/NlDOlqx9Rq
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 30, 2019
Georgina sebelum ini pernah menimbulkan persoalan sama ada beliau merupakan isteri yang sah kepada Ronaldo kerana menggunakan perkataan ‘marido‘ dalam media sosialnya di mana dalam Bahasa Sepanyol, ungkapan tersebut merujuk kepada suami yang sah secara perundangan.
Bagaimanapun, pemian berusia 35 tahun itu sebelum ini pernah menafikan telah mengahwini model kelahiran Sepanyol itu.