Selama hampir 26 tahun menjalani karier sebagai pengurus di Old Trafford, bekas pengendali tersohor Manchester United, Sir Alex Ferguson telah memutuskan untuk meninggalkan kelab itu pada tahun 2013.
Sejak United tanpa beliau, pasukan itu dilihat masih gagal menemui rentak pemainan sebenar apatah lagi untuk memperolehi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pertukaran pengurus bersilih ganti terpaksa dilakukan oleh pihak tertinggi pengurusan dalam usaha untuk mengembalikan semula era kegemilangan The Reds Devils.
Semasa United dibimbing oleh Ferguson, kelab itu dinilai antara pasukan yang gemar mendatangkan pemain-pemain muda untuk menyertai pasukan mereka.
Namun, selepas United dibawah pengurus baharu, kelab tersebut dilihat lebih memilih untuk mendatangkan pemain yang sudah terkenal kehebatannya dalam arena bola sepak.
Walau bagaimanapun, dasar perpindahan pemain dalam peralihan tampuk pengurusan United masih gagal menemui kesan yang positif untuk kelab.
Red Devils ketika ini dilihat seolah-olah mengalami kemerosotan dalam strategi merekrut dan melahirkan pemain-pemain berkualiti bersama pasukan mereka.
Disini, SemuanyaBola kongsikan kepada pembaca, seramai 5 perpindahan pemain paling terburuk yang pernah dilakukan sejak kelab itu ditinggalkan Sir Alex Ferguson.
1. Ángel Di María
Ángel Di María merupakan sebahagian pemain penting untuk Real Madrid sekitar tahun 2011 hingga 2014.
Namun, sejak gergasi Sepanyol itu merekrut Gareth Bale dari Tottenham Hotspurs, peluang Di María untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama sedikit terganggu.
Hal tersebut mendorong Louis Van Gaal untuk ‘mencuri’ peluang mendatangkan bintang Argentina itu ke kem Manchester United.
Di Maria menyertai United pada Ogos 2014 dengan mencatat rekod perpindahan tertinggi di Britain iaitu sebanyak £59.7 juta (RM322 juta).
Ia sekaligus menyaksikan kelab tersebut melakukan perbelanjaan terbesar untuk jendela perpindahan musim panas dengan membelanjakan kira-kira hampir mencecah £130 juta pound (RM702 juta).
Kehadiran Di María di Old Trafford pada awalnya memberi harapan besar untuk membawa perubahan bersama Manchester United.
Beliau diberikan jolokan Ronaldo Baru ke kerana nama beliau memang besar di arena bola sepak
Namun, apa yang diharapkan penyokong United diseluruh dunia tidak menjadi kenyataan.
Kelibat di musim pertama beliau dalam kancah EPL gagal sekaligus tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Akibat kecederaan dan masalah peribadi menjadi punca utama menggangu rentak pemainan bintang Argentina tersebut.
Selain itu, pemerhati bola sepak juga menilai bahawa punca kegagalan Di María turut berkait dengan kesulitan beliau menyesuaikan diri dalam corak pemainan bola sepak di Inggeris.
2. Radamel Falcao
Radamel Falcao merupakan salah seorang pengempur yang cukup digeruni ketika bersama Atletico Madrid.
Kemampuannya untuk mencetak jaringan gol tidak perlu diragukan lagi.
Pada 2014, United sememangnya amat memerlukan seorang penyerang baharu bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Danny Welbeck.
Usaha Manchester United membawa penyerang terbaik kelahiran Colombia itu berjaya apabila pemain itu berminat selepas menerima tawaran pada minit terakhir sebelum pintu pemindahan ditutup.
Ketibaan Falcao di Old Trafford menyaksikan Manchester City dan Arsenal yang turut ingin mendapatkan pemain terbabit terpaksa berputih mata meskipun telah memulakan rundingan lebih awal.
Falcao melengkapkan pinjaman jangka masa panjang dengan yuran perpindahan sebanyak £6 juta (RM32 juta) manakala pembelian kekal akan dibuat pada harga £46 juta (RM248 juta) pada musim panas akan datang.
Bagaimanapun, perancangan awal United tersebut terpaksa dibatalkan.
Falcao dilihat terlalu terdesak untuk membuktikan kemampuan dirinya untuk bersaing di England selepas mengharungi musim pertama yang amat mengecewakan.
Pada ketika itu, beliau hanya berjaya menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan di Old Trafford dan ketinggalan jauh di belakang Wayne Rooney, Robin van Persie dan James Wilson.
Hal itu membuat Louis van Gaal mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya secara tetap.
3. Memphis Depay
Memphis Depay antara pemain gagal yang dibawa masuk oleh Louis Van Gaal ke Manchester United.
Pemain antarabangsa Belanda ini menjadi rebutan banyak kelab besar di Eropah sebelum Manchester United berjaya memiliki beliau dengan nilai perpindahan direkodkan sebanyak £25 juta (RM135 juta).
Bagaimanapun, nilai harga yang dibayar United itu dinilai tidak berbaloi dengan penampilan aksi yang dipamerkan Depay bersama Red Devils.
Depay tiba di United dengan membawa gelaran sebagai Eredivisie Player of the Year.
Oleh sebab itu, ramai penyokong yang menganggap bahawa beliau adalah calon terbaik untuk menggantikan Cristiano Ronaldo. Dan Depay turut diberikan tag Ronaldo baru.
Tekanan mula dihadapi Depay apabila beliau diberikan nombor 7 sebagai nombor rasminya bersama United.
Ditambah pula dengan desakan penyokong serta tekanan dari media Inggeris yang mahu melihat kelibat ‘Ronaldo 2.0’ yang dipersembahkan oleh Depay.
Situasi tersebut membuatkan penampilan Depay di United gagal dan akhirnya beliau terpaksa dijual kepada Lyon selepas tidak termasuk dalam perancangan pengurus baharu, Jose Mourinho.
Baca juga: Memphis Depay Yang Masih Gagal Menjadi The Flying Dutchman
4. Bastian Schweinsteiger
Bastian Schweinsteiger merupakan sebahagian daripada pemain yang membantu skuad Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil.
Beliau juga menamatkan kariernya bersama Bayern Munich dengan penuh kegemilangan.
Oleh sebab itu, beliau menjadi sasaran utama Louis Van Gaal pada tahun 2015.
Namun, setibanya Schweinsteiger di kem United, pemain tersebut mempunyai masalah kecergasan.
Beliau gagal mendapat tempat utama pada musim pertamanya di Old Trafford.
Kecederaan yang dialami Schweinsteiger menjejaskan prestasinya di padang.
Selepas Jose Mourinho dilantik menggantikan Van Gaal, Schweinsteiger tidak mempunyai masa depan di kelab itu dan akhirnya beliau dijual ke kelab Chicago Fire yang beraksi di Major League Soccer.
Walaupun begitu beliau antara peman kesayangan penyokong kerana dedikasi dan profesionalisme beliau meskipun segalanya serba tak menjadi untuk beliau ketika di sana.
5. Morgan Schneiderlin
Morgan Schneiderlin telah membantu membawa Southampton ke saingan Liga Perdana Inggeris(EPL) pada musim 2012-13.
Penampilan cemerlang Schneiderlin bersama The Saints sepanjang musim pertama di EPL telah berjaya menarik perhatian pengendali Manchester United, Louis Van Gaal.
Schneiderlin akhirnya berpindah ke Old Trafford pada tahun 2015 selepas United sanggup membayar sebanyak £25 juta (RM135 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Perancis itu.
Malangnya, impian Schneiderlin untuk berada dalam kesebelasan utama amat sukar. Beliau perlu bersaing hebat dengan Marouane Fellaini dan Bastian Schweinsteiger.
Kesulitan yang dihadapi Schneiderlin ketika itu telah menjejaskan prestasinya dalam pasukan.
Beliau akhirnya terpaksa memutuskan untuk menamatkan kariernya bersama Red Devils selepas Everton mengemukan tawaran kepadanya.
Untuk rekod, sepanjang dua musim bersama United, Schneiderlin hanya berpeluang beraksi sebanyak 32 perlawanan sahaja.