Cristiano Ronaldo dilaporkan telah melakukan 3,000 bangkit tubi sehari oleh akhbar Daily Star.
Bangkit tubi ataupun sit up adalah rutin latihan dan senaman untuk menguatkan pinggul dan otot abdomen.
Dalam satu program beliau iaitu CR7 Fitness seorang perserta telah bertanya tentang rutin harian beliau iaitu melakukan 3,000 bangkit tubi sehari.
Ia berdasarkan laporan Daily Star pada 2009 di mana akhbar tesebut melaporkan Ronaldo boleh menghabiskan berjam-jam untuk melakukan bangkit tubi.
Ronaldo juga dikatakan kerap melakukan bangkit tubi sambil menonton televisyen.
Oleh sebab itu pemain ini mampu mengekalkan kecergasan dan kekuatan fizikal beliau sehingga ke hari ini.
Ramai juga penulis lain mempercayai sumber tersebut dan dijadikan sebagai rujukan di samping menganggap ia adalah perkara luar biasa.
Ronaldo tersenyum mendengar kenyataan tersebut dan berkata:
“Rasanya jumlah itu agak kurang tepat. Saya tidaklah pernah melakukan sebanyak 3,000 sehari.”
Di kala ramai menjangka beliau mungkin melakukan sekitar 2,000 sehari, Ronaldo menambah lagi:
“Saya hanya melakukan sekitar 200 sehingga 300 sehari.”
“Tidak elok untuk melakukan bangkit tubi terlalu banyak, ia akan memberikan kesan kepada tulang belakang anda.”
“Saya tidak melakukannya setiap hari, saya hanya melakukan dalam 4 atau 5 hari seminggu. Sehari 200 sehingga 300 kali.”
Jawapan Ronaldo itu sangat jauh sangat bezanya daripada laporan Daily Star dan beberapa akhbar lain tentang Ronaldo.
Mujurlah Cristiano Ronaldo menerangkan perkara yang sebenar supaya cerita 3,000 bangkit tubi sehari itu hanya mitos dan hiperbola yang diada-adakan.
Baca juga: 10 Pakar Sepakan Percuma Terus Ketika Ini Di Eropah, Pemain Di Gambar Ini Adalah No.1