Cristiano Ronaldo pastinya gembira dengan berita terbaru yang menyatakan ibu tumpangan anak beliau di Amerika telah hamil anak kembar.
Laporan The Mirror menyatakan wanita tersebut akan melahirkan bayi kembar itu dalam masa terdekat.
Ini adalah kali kedua Cristiano Ronaldo memilih kaedah ibu tumpangan selepas anak sulung beliau, Cristiano Jr. juga dilahirkan melalui kaedah ini.
Namun sehingga ke hari ini, masih tidak siapa yang tahu ibu tumpangan kepada anak sulung beliau.
Ada juga yang membuat spekulasi, ibu tumpangan kepada anak beliau mungkin seorang pemain bola sepak yang boleh memberikan baka bola sepak terbaik.
Buat masa ini, Ronaldo masih berpacaran dengan teman wanita kesayangannya iaitu Georgina Rodriguez.
Ianya selepas Ronaldo berpisah dengan Irina Shayk yang dikatakan tidak sehaluan dengan ibunya.
Georgina Rodriguez pula lebih disenangi ibunya dan lebih mesra dengan anaknya Cristano Jr.
Pernah ditanya oleh Jonathan Ross tentang, apa pandangan beliau tentang anak beliau yang tidak kenal ibunya sendiri?
Ronaldo menjawab:
“Bagi saya tidak ada masalah. Ramai anak di luar sana yang hidup tanpa mak.”
“Ada yang ayah atau emak mereka yang sudah tiada di dunia (meninggal dunia). Cristiano Jr. masih ada ayah yang luar biasa.”
“Dia ada nenek. Saya mendapat sokongan yang kuat dari keluarga.”
“Ada kalanya dalam hidup kita kena menghormati pandangan dan pilihan orang lain dalam hidup.”
“Kita harus menghormati privasi orang lain juga.”
“Apabila dia sudah besar, saya akan menceritakan hal yang sebenar kepada dia. Dia berhak tahu.”
“Saya hanya akan ceritakan hal itu (dedahkan siapa ibu Cristiano Jr.) hanya jika dia yang mahu tahu.”
“Dan saya tak akan ceritakan hal ini hanya kerana orang lain yang mahu tahu.”
Makin bertambah besar keluarga Ronaldo selepas ini. Dahlah bakal mendapat kontrak bonanza dari Real Madrid.
Baca juga: Troll Guna Gambar OKU, Manchester United Menggantung Penyokong Tersebut 3 Tahun