Penyerang muda kebangsaan Indonesia, Ronaldo Kwateh kembali menemui prestasi terbaik setakat ini di posisi tersebut, selepas permainannya bersama Madura United dilihat sangat tajam.
Ronaldo yang setakat ini telah pun menghadapi tiga perlawanan dalam saingan Liga 1 Indonesia bersama Madura United, telah pun mencatat satu jaringan dan satu bantuan gol dan beraksi dengan sangat matang bersama rakan sepasukan.
1 Gol cantik Ronaldo Kwateh belum mampu membawa pulang 3 poin penting tadi malam dari Maguwoharjo
Ayo benahi bersama 🤜🏻#maduraunited #madurabisa #madurabersatu pic.twitter.com/0oxJVjWUn6
— Madura United FC (@MaduraUnitedFC) December 13, 2022
Menurut pemain berusia 18 tahun itu, kejayaan yang dikecapi beliau setakat ini tida akan hadir jika beliau tidak berusaha keras untuk mengubah gaya permainan supaya tampil lebih baik.
Bersama skuad kebangsaan musim lalu, aksi sulung Ronaldo jelas mendapat kritikan daripada para penyokong selepas aksinya yang dilihat tidak konsisten.
Namun ketika ini, Ronaldo kembali membalas kritikan tersebut menerusi gaya permainan yang lebih berkualiti bersama Madura United di posisi serangan.
Tambahan pula, aksi pemain tersebut juga banyak memberi kesukaran buat pasukan lawan untuk menghadapinya terutama ketika perlawanan menentang Bali United dan PSM Makassar.
“Saya sangat bersyukur kerana kami berjaya mencatat kemenangan atasi PSM yang dianggap sangat penting untuk kami mengumpul mata.
“Terima kasih kepada jurulatih kerana telah memberi kepercayaan buat saya dan rakan sepasukan untuk berjuang mendapatkan mata, ya saya sangat syukur,” jelas pemain tersebut menerusi Bola.com.
Debut pertama Guntur Ariyadi dan Ronaldo Kwateh selama bergulirnya BRI Liga 1 tahun 2022-2023#bangkitbersama#briliga1kembali #nontondarirumah#maduraunitedday pic.twitter.com/hQHdyn5Kla
— Madura United FC (@MaduraUnitedFC) December 5, 2022
Pada masa sama, pemain muda itu juga mengakui beliau juga banyak berubah selepas mendapat nasihat daripada jurulatih kebangsaan Indonesia iaitu Shin Tae-yong.
Selepas saingan liga terpaksa dihentikan seketika, pemain itu berjaya mendapat peluang untuk menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan bawah 20 (B-20) di luar negara.
“Saya sebenarnya masih baru menyertai kelab selepas mengikuti program kem latihan bersama skuad kebangsaan.
“Program latihan yang diadakan sebelum ini juga membantu diri saya untuk tampil lebih baik beraksi dalam saingan liga.
“Saya akui masih ada sisi kelemahan perlu diperbaiki, untuk itu saya akan terus bekerja keras untuk memperbaikinya menjadi lebih baik berbanding sebelum ini,” tambah beliau.
Tim U-20 Indonesia melakukan laga uji coba kontra Persija Jakarta U-18 pada Senin (5/9). Gol Ronaldo menjadi satu-satunya gol yang dicetak Garuda Nusantara. Skor akhir 1-2 menutup laga uji coba yang digelar di Stadion PTIK, Jakarta Selatan.#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/xvgKxIYNdD
— PSSI (@PSSI) September 5, 2022
Kedudukan semasa ketika ini menyaksikan Madura United berada di kedudukan ketiga carta liga menerusi sembilan kemenangan dicatat daripada 15 perlawanan dilalui.