Pertembungan di antara Juventus menentang Manchester United pasti akan mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia terutamanya melibatkan bekas pasukan Cristiano Ronaldo apabila dua pasukan ini diundi dalam Kumpulan H UEFA Champions League semalam.
Bintang Portugal itu bagaimanapun tidak berada di Monaco ketika undian itu biarpun dicalonkan menerima anugerah individu, menghabiskan masa selepas enam tahun di United, memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada 2008 sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2009.
Dia akan menentang bekas jurulatihnya Jose Mourinho yang pernah mengendalikan Real sementara pemain tengah United Paul Pogba turut berharap dapat berdepan dengan bekas pasukannya itu.
Manchester United vs Juventus in the Champions League.
Homecomings for Ronaldo and Pogba 👀 pic.twitter.com/VnKYAm3g5X
— Bleacher Report (@BleacherReport) August 30, 2018
United akan melayan kunjungan Juventus pada 23 Oktober sebelum aksi kedua di Turin pada 7 November.
Biarpun kedua-dua pasukan itu akan menjadi pilihan untuk mara ke saingan 16 terbaik dari Kumpulan H, mereka perlu berhati-hati dengan saingan Valencia yang kembali memberi saingan untuk kali pertama selepas tiga tahun.
Juara Switzerland, Young Boys akan membuat penampilan pertama dilihat akan menjadi tumpuan akan bertemu United pada perlawanan pembukaan 19 September ini.
Cristiano Ronaldo for Manchester United:
• 292 games
• 118 goals
• 9 trophies
• 1 Ballon d'Or
• 1 Puskás AwardHe’s coming back to Old Trafford after all. 🔴⚫️ pic.twitter.com/CtDQ81qHHA
— Squawka (@Squawka) August 30, 2018
“Ia satu kumpulan yang boleh diuruskan tapi semua terpulang kepada kami. Nasib kami berada dalam tangan kami sendiri,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Juve, Giuseppe Marotta sejurus undian.
Pada sesi undian yang berlangsung di Grimaldi Forum Monaco, semalam, kumpulan C turut menarik perhatian apabila ia membariskan finalis tahun lalu Liverpool, Paris Saint-Germain (PSG), Napoli dan Red Star Belgrade.
The official result of the #UCLdraw! 🤩
Toughest group? 🤔 pic.twitter.com/G6rPKtQuU8
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 30, 2018
Pertemuan antara Liverpool dan PSG menjadi klimaks apabila mempertemukan semula dua pengendali dari Jerman, Jurgen Klopp dan penggantinya di Borussia Dortmund, Thomas Tuchel.
“Saya menjangkakan ia satu kumpulan yang sukar dan itulah sebenarnya cabaran Liga Juara-Juara,” kata Klopp yang akan menerima kunjungan PSG pada perlawanan pertama 18 September ini.
Carlo Ancelotti yang menjadi pengendali Napoli akan kembali ke ibu negara Perancis yang menyaksikan dia mengetuai PSG ketika mereka memenangi gelaran pada 2013.