Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Analisis: Ronaldo kini 32 tahun, apakah jasa Zidane kepadanya ?

Ronaldo boleh dikatakan pemain bola sepak yang terus menunjukkan prestasi yang tinggi walaupun kini sudah memasuki usia 32-tahun.

Tidak hairanlah banyak kelab dalam keadaan bersiap sedia jika beliau meneruskan hasrat ingin berpindah.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane adalah orang yang bertanggungjawap merangka pelbagai aspek bagi memastikan Ronaldo terus cemerlang meskipun usianya sudah memasuki awal 30-an.

Kredit : skysports.com

Leader not a boss

Zidane merupakan Ikon Lagenda untuk Real Madrid dan Perancis kerana berjaya menjuarai hampir kesemua Piala Utama yang menjadi idaman setiap pemain bola.

Sebelum menjadi Pengurus untuk skuad utama Real Madrid, beliau menghabiskan hampir 7 tahun berkerja dibelakang tabir untuk barisan kepimpinan Real Madrid .

Oleh itu, Zidane sangat arif tentang pengurusan kelab dan apa yang peminat Real Madrid mahukan.

Hal ini, menjadikan Zidane seorang yang dihormati dikalangan para pemain beliau. Setiap tindakan dan keputusan dibuat adalah untuk kepentingan bersama.

Tidak hairanlah ‘Rotation Policy’ yang diperkenalkan Zidane tidak dibantah pemain Bintang seperti Ronaldo.

Taktikal

Zidane sedar Ronaldo selaku Pemain Sayap Menyerang memerlukan lebih banyak tenaga & kepantasan untuk cuba mengatasi pemain pertahanan lawan.

Perubahan taktikal 4-3-3 kepada 4-4-2 menjadikan Ronaldo bertindak selaku penyerang bersama Benzema sekaligus mengurangkan larian-larian deras yang perlu dilakukan oleh beliau.

Beban pertahanan juga dikurangkan oleh Zidane kepada Ronaldo. Ruang kosong kini banyak disi oleh Marcelo yang kerap naik ke atas (overlap).

Teknikal

Latihan yang berterusan untuk skuad Real Madrid ialah untuk cuba mengurangkan masa memegang bola terlalu lama serta membuat hantaran yang cepat dan tepat.

Ini bagi mengelakkan Ronaldo diterjah lawan dan mengalami kecederaan yang serius.

Transformasi Ronaldo daripada pemain Sayap kepada Penyerang memudahkan beliau untuk membuat lebih banyak ‘Off The Ball Run’ kerana kepantasan yang dimiliki.

https://www.youtube.com/watch?v=TiXp01lCKaw

Hasilnya 2 jaringan menarik dihasilkan oleh Ronaldo sewaktu menentang Juventus pada malam Final Piala Kelab Eropah 2017.

Bimbingan dan tunjuk ajar tidak akan berguna sekiranya pemain itu tiada sikap untuk terus memajukkan dirinya sendiri. Ronaldo sendiri terkenal dengan diet serta kesungguhan dalam membuat latihan.

Oleh itu, memasuki usia 30-an bukanlah sesuatu perkara yang perlu ditakuti tetapi sebenarnya memberi ruang untuk lebih mengenal dan menerima kekurangan diri.