Ronaldinho Tawar Bermain Di Liga Malaysia Secara Percuma

Sebut sahaja nama Ronaldinho, peminat bola sepak tempatan pasti mengenali beliau sebagai ‘raja bola sepak dunia’ yang terkenal dengan kemahiran mengelecek dan skill individu yang tinggi.

Malah, bukan calang-calang namanya yang pernah menjulang Piala Dunia bersama Brazil dan pemenang Ballon d’Or 2005 ini mendedahkan dia sanggup bermain dalam kancah Liga Malaysia secara percuma andai tidak terikat dengan tanggungjawab­nya ketika ini untuk membangunkan sukan tersebut.

Pemain yang berusia 38 tahun itu mengakui masih rindu pada sukan bola sepak dan beliau teringin kembali beraksi di atas padang setelah membuat pengumuman untuk menggantung but pada bulan lalu.

“Saya sentiasa cintakan bola sepak, malah, saya tidak bergurau apabila memberitahu ingin bermain di Malaysia kerana bola sepak di negara ini mempunyai sokongan yang amat bagus dalam kalangan peminat.

“Jika berpeluang sudah tentu saya memilih untuk bermain de­ngan kelab bola sepak di negara ini dan mungkin boleh beraksi secara percuma,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Jelajah Trofi Liga Juara-Juara UEFA di sini, semalam.

Pada majlis tersebut peminat bola sepak di negara ini boleh melihat secara dekat trofi Liga Juara-Juara, selain peluang bertemu Ronaldinho yang pernah memenangi gelaran di pentas Eropah itu bersama Barcelona pada 2006.

Ketika ditanya pula tentang peluang pasukan negaranya pada Piala Dunia yang bakal berlangsung di Rusia, musim panas ini, Ronaldinho melahirkan keyakinan terhadap skuad bimbingan Tite itu menjulang trofi berprestij tersebut, biarpun berdepan risiko kehilangan khidmat Neymar yang masih lagi dalam proses pemulihan ekoran kecederaan buku lali.

“Saya dapat melihat persediaan Brazil untuk menghadapi Piala Dunia amat baik, malah, kali ini mereka mempunyai barisan pemain yang amat bagus.

“Berhubung kecederaan Neymar saya sentiasa percaya pemain itu mampu untuk pulih dalam tempoh singkat, sekali gus boleh beraksi bersama Brazil di Rusia nanti,” katanya kepada utusan Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN