Ketika Ronaldinho semakin berkurangan aksi di musim terakhir beliau di Barcelona. Pep Guardiola menemui permata baru bernama Lionel Messi.
Guardiola kemudian menjadi sasaran beberapa penyokong Barcelona ketika itu dan juga media yang menyatakan Guardiola adalah punca Ronaldinho dijual.
Mereka menuduh Guardiola tidak mahukan Ronaldinho lagi. Legenda Brazil itu tidak selesa mendengar cerita itu yang masih dimainkan oleh media sehingga ke hari ini.
Media sentiasa menyebut Ronaldinho, Eto’o dan Deco sebagai mangsa layanan buruk Guardiola, sedangkan 3 pemain ini adalah pelengkap kepada pasukan Barcelona di bawah era Riijkard.
Ronaldinho kini menjadi duta kelab Barcelona telah memberitahu kisah sebenar beliau kepada TV3 Sepanyol.
“Saya sendiri yang memtutuskan mahu keluar daripada Barcelona kerana saya ada sasaran lain ketika itu. Di Barcelona saya sudah mencapai semua yang saya inginkan. Jadi saya sudah menetapkan sasaran baru dalam karier saya.”
“Guardiola mahukan saya kekal dengan Barcelona ketika itu.”
“Saya terus menikmati kemenangan di dalam karier saya selepas itu. Saya menempa kejayaan dengan Atletico Mineiro. Saya juga menikmati musim dengan 7 bulan tanpa kalah di Flamengo.”
“Saya turut bersama-sama dengan Querétaro layak ke final pertama kali dalam sejarah kelab tersebut.”
“Saya sentiasa gembira bekerja dengan Guardiola dan adiknya Pere ketika di Nike.”
Ronaldinho berjaya memenangi 2 La Liga, 2 Piala Sepanyol dan 2 UCL ketika bersama-sama dengan Barcelona. Beliau adalah antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia dan Barcelona.