Ronald Koeman: Libero Yang Menjadi Mesin Gol Dan Baka ‘Rare’ Bola Sepak

Ronald Koeman adalah watak yang sinonim dengan sejarah Barcelona. Lebih daripada 30 tahun sejak Koeman menyertai gergasi Catalan itu sebagai pemain, kali ini jurulatih dari Belanda itu diumumkan di Nou Camp dengan misi yang sama – menjulang kembali nama Barcelona – walaupun dengan peranan yang berbeza.

Pertama kali tiba di Nou Camp, Koeman membantu Barcelona menjuarai Piala Eropah pertama mereka pada 1992. Kerana itu bekas jurulatih Everton dan Belanda ini digelar ‘Hero Wembley’ oleh generasi penyokong Barcelona generasi terdahulu.

Dilahirkan di Zaandam, belanda pada 21 Mac 1963, Koeman kini berusia 57 tahun dan merupakan jurulatih dari Belanda kelima melatih kelab itu selepas Rinus Michels, Johan Cruyff, Louis Van Gaal and Frank Rijkaard.

Tunjang sistem Cryuff

Ronald Koeman dikenali sebagai salah seorang pemain pertahanan paling berpengaruh pada eranya. Bekas pengurus Everton itu adalah tunjang kepada kekuatan Barcelona di era Johan Cruyff sebagai pengurus dan skuad Belanda satu ketika dahulu.

Seperti yang anda semua maklum, posisi pemain bek atau seorang pemain pertahanan sering dikaitkan dengan tugasan melakukan clearance, membantu penjaga gol menghasilkan clean sheets dan juga melakukann tackle.

Namun Koeman menawarkan lebih daripada itu. Pada era tersebut, Koeman dikenali kerana ratio jaringan yang dihasilkan oleh pemain pertahanan.

Peranan sebagai libero

Koeman berperanan sebagai seorang sweeper atau juga dikenali sebagai libero.

Tugasan beliau bukan sahaja untuk membantu bahagian pertahanan untuk melakukan pintasan serangan pasukan lawan.

Lebih daripada itu, Koeman berperanan menjadi playmaker yang memulakan gerakan serangan pasukan dari kawasan bawah pertahanan.

Ia menjadikan Koeman sebagai nadi kepada pasukan di bahagian pertahanan dan juga tengah. Lebih menarik, Koeman turut mempunyai sentuhan penyudah persis seorang pemain di bahagian serangan.

Ratio jaringan mengkagumkan

Musim 1993/94 merupakan antara musim terbaik Koeman. Pada ketika itu beliau mampu membantu Barcelona muncul juara La Liga dan Piala Super Sepanyol walaupun sering kali mengalami kecederaan. Sepanjang tempoh itu beliau masih sempat menghasilkan 11 gol.

Namun rekod jaringan beliau di Eropah dalam pertandingan Champions League merekodkan ratio jaringan yang luar biasa, Hanya dari enam perlawanan yang dilalui, Koeman sudah menjaringkan lapan gol.

Jumlah jaringan itu menjadikan Koeman sebagai penjaring terbanyak dalam pertandingan tersebut dari kalangan pemain pertahanan.

Dua musim sebelumnya pula Koeman pernah menghasilkan 16 gol di saingan La Liga untuk Barcelona dan merupakan penjaring keempat tertinggi.

Hanya Fernando Hierro yang berjaya mengatasi jumlah jaringan Koeman dari kalangan pemain pertahanan pada musim tersebut. Hiero yang beraksi dan mempunyai peranan yang sama dengan Koeman di Real Madrid menjaringkan 21 gol pada musim yang sama.

Secara keseluruhan, Koeman telah menjaringkan 253 gol untuk kelab dan negara – rekod yang sukar dipintas oleh mana-mana baka pemain pertahanan moden pada hari ini.

Penutup

Kelab Catalan itu gagal mempertahankan kejuaraan La Liga musim lepas dan tidak memenangi sebarang trofi buat kali pertama sejak musim 2007/08.

Kegagalan di pentas eropah pada musim ini hanya menambah parah kepada luka yang ada. Tidak dinafikan Koeman akan berhadapan dengan cabaran besar di Barcelona.

Secara pratikal, kita boleh katakan beliau harus membina sebuah pasukan Barcelona yang baharu. Kerana itu ianya sukar untuk Koeman membangkitkan kembali dalam tempoh masa yang singkat.

Mampukah Koeman menjadikan Barcelona sebagai pasukan yang kembali disegani di Sepanyol dan Eropah dalam tempoh dua tahun?

 

 

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United melalui pautan di bawah:

Trequartista: ‘Konduktor’ Penting Di Dalam Padang

Julian Nagelsmann Kongsi Kaedah Perancangan Dan Pemilihan Taktikal

Apa Di Sebalik Nota Arahan Taktikal Koeman Yang Membantu Belanda Mara Ke Separuh Akhir UNL

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN