Romelu Lukaku: Pengalaman Di Chelsea Membantu Saya

Romelu Lukaku

Peledak utama Inter Milan, Romelu Lukaku ada sebab tersendiri untuk menghargai kariernya di Chelsea meskipun tidak menerima minit perlawanan yang diharapkan ketika bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Hal ini kerana beliau mengakui bahawa bekas rakan sepasukannya ketika di Chelsea terutamanya Didier Drogba dan Nicolas Anelka telah banyak mengajarnya untuk menjadi seorang penyerang yang baik seperti dinikmatinya pada ketika ini.

Lukaku yang dilabel sebagai antara peledak muda berbisa ketika di Anderlecht telah berhijrah ke Chelsea pada musim 2011/12 dengan yuran perpindahan bernilai €12 juta.

Jentera serangan Chelsea yang ketika itu terdiri daripada Fernando Torres, Didier Drogba, Daniel Sturridge dan Nicolas Anelka [sebelum berhijrah ke China pada pertengahan musim] membuatkan peluang amat terhad buat Lukaku untuk mempamerkan sentuhan dimilikinya.

Namun, dapat bersama dalam satu pasukan dengan pemain-pemain berkelas dunia seperti Drogba, Anelka, John Terry, Frank Lampard dan ramai lagi secara tidak langsung telah memberikan satu aura positif buat Lukaku apabila mereka mewujudkan persekitaran yang mampu menjadi ikutannya.

”Segalanya berlaku dengan pantas di sana.”

”Saya baru berusia 18 tahun dan menamatkan pengajian di sekolah tinggi tiga bulan sebelumnya, saya telah lulus dan tiba-tiba perlu menaiki kereta api untuk ke London [menyertai Chelsea].”

Embed from Getty Images

”Ketika di sana, saya berjumpa dengan Didier Drogba, ketika dia sedang melakukan fisioterapi. Dia pantas mengatakan kepada saya bahawa perlu menunjukkan karakter ‘The Blues’,” ujar Lukaku menurut laporan Goal.

”Sejak daripada itu, kami mula bersembang pada setiap hari sekurang-kurangnya satu jam sebelum dan selepas sesi latihan.”

”Dia, Anelka dan semua pemain di bilik persalinan menunjukkan kepada saya apa diperlukan untuk menjadi seorang pemain seperti yang saya nikmati pada hari ini. Mereka mempunyai mentaliti yang membuatkan mereka berkata ‘Baiklah, mari kita mencapai kemenangan.”

”Ia merupakan pengalaman yang cukup hebat, saya melihat bagaimana mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA dan itulah membuatkan saya berjaya sejauh ini,” ujar Lukaku lagi.

Tidak mendapat tempat di Chelsea, Lukaku membuktikan kemampuan yang ada pada dirinya apabila menyerlahkan kehebatannya ketika dipinjamkan ke West Bromwich Albion (WBA) dan Everton.

Musim 2014/15 menyaksikan beliau berhijrah ke Everton yang terus menaikkan namanya di pentas bola sepak antarabangsa sehingga beliau dipancing Manchester United dan kini menjadi peledak utama buat Inter Milan.

Kredit featured image: Giuseppe Cottini/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Romelu Lukaku:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN