Romelu Lukaku: Inter Milan Pilihan Terbaik Saya

Lukaku

Romelu Lukaku mengakui keputusannya meninggalkan Manchester United bagi menyertai Inter Milan adalah pilihan terbaik buatnya.

Kenyataan penyerang kelahiran Belgium itu ada kebenarannya apabila beliau kini sedang menikmati prestasi hebat bersama I Nerazzurri.

”Saya mesti mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, jurulatih, kakitangan pasukan dan para penyokong. Mereka semua membantu saya sejak dari hari pertama [di Inter Milan].”

Embed from Getty Images

”Inter merupakan pilihan terbaik saya. Saya boleh berkembang di sini dan dapat memberikan sumbangan.”

”Tugas saya adalah untuk membantu pasukan ini dalam apa sahaja cara dan saya tahu penyokong menyukainya. Saya mesti mengekalkannya.”

”Sudah tentu, menjaringkan gol adalah objektif utama, bagaimanapun, saya tidak hanya memikirkan tentang diri saya sendiri, tetapi juga pasukan.”

”Saya di sini untuk mencapainya dan saya berharap agar dapat memenangi sesuatu. Bagaimanapun pada ketika ini saya hanya fokus pada [perlawanan menentang] Lecce.”

Sejak tiba di Milan pada 8 Ogos 2019 dengan nilai perpindahan berjumlah £74 juta, Lukaku telah berjaya menjaringkan 18 gol dalam semua kejohanan disertai setakat ini.

Dalam saingan Serie A pula, penyerang berusia 26 tahun itu kini terikat di kedudukan kedua dalam senarai penjaring terbanyak bersama Cristiano Ronaldo dengan 14 gol. Enam jaringan ketinggalan di belakang penyerang Lazio, Ciro Immbobile.

Kredit foto: Emilio Andreoli/Getty Images

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN