Manchester United Mahu Internazionale Bayar £90 Juta Untuk Romelu Lukaku

Lukaku

Kelab Premier League, Manchester United dijangka akan meletakkan harga tinggi mana-mana pasukan yang mahukan penyerang mereka iaitu Romelu Lukaku.

Buat masa ini, hanya kelab Serie A iaitu Internazionale sahaja yang cukup berminat untuk dapatkan pemain itu.

Menurut laporan Telegraph, Manchester United akan meletakkan tanda harga sebesar £90 juta untuk Internazionale bayar bagi mendapatkan khidmat Lukaku.

Pada mulanya, Internazionale meletakkan wang sebanyak £9 juta untuk mendapatkan khidmat Lukaku secara pinjaman selama 2 musim.

Mereka kemudiannya menawarkan pembelian secara tetap dengan yuran sebanyak £53.7 juta.

Walaupun begitu, Manchester United mahukan harga yang cukup tinggi kerana mereka membayar harga mahal kepada Everton dengan nilai £75 juta.

Nilai £90 juta yang diletakkan oleh Manchester United adalah kerana mereka tidak mahu dapatkan kerugian daripada penjualan Lukaku ini.

Hal ini kerana, sekiranya Lukaku berpindah maka Everton akan memperoleh £5 juta hasil dari perjanjian dalam kontrak pemain itu.

Lukaku sebenanrnya dikatakan cukup berminat untuk berpindah ke Serie A, di mana Antonio Conte juga cukup berminat untuk dapatkan pemain itu.

Conte telah menetapkan kapten pasukan, Mauro Icardi tiada dalam perancangan beliau pada musim hadapan.

Jadi, bagi memenuhi permintaan Manchester United, Icardi perlu dilepaskan terlebih dahulu supaya mereka dana untuk membeli Lukaku.

Icardi buat masa ini mendapat perhatian Juventus, namun tidak pasti sama ada Internazionale mahu melepaskan pemain itu kepada musuh utama mereka di Serie A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN