Romel Morales Sah Ucap Selamat Tinggal Kepada KL City

Penyerang import naturalisasi negara, Romel Morales secara rasminya kini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya musim ini, Kuala Lumpur City (KL City), selepas bersama kelab tersebut selama tiga tahun.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh penyerang tersebut menerusi media sosial beliau dengan Morales mengucapkan terima kasih kepada kelab tersebut.

Jelas penyerang dari Colombia itu, beliau merasakan dirinya seperti sebuah keluarga dan tidak akan melupakan setiap pengalaman bersama kelab tersebut selama ini.

Morales juga mengatakan kini beliau akan memulakan perjalanan baharu dalam karier bola sepak profesional selepas ini bersama kelab baharu selepas KL City.

“Hari ini adalah hari yang bercampur baur selepas mengharungi tiga musim sangat hebat bersama-sama dan kini adalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal.

“Saya secara ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang berada dalam kelab hebat tersebut.

“Daripada hari pertama lagi, saya merasakan diri ini sebahagian daripada keluarga kelab tersebut. Setiap perlawanan, setiap sesi latihan merupakan detik yang tak akan dilupakan.

“Saya sangat menghargai kasih sayang dan sokongan anda berikan kepada saya ketika di atas dan luar padang.

“Sekarang saya akan membuka lembaran baharu dalam karier bola sepak ini, tetapi saya ingin anda semua tahu saya akan turut membawa anda semua bersama saya. Saya bersama rakan-rakan untuk seumur hidup. Terima kasih detik yang sangat menarik, sama-sama mengatasi halangan dan membina memori untuk dikenang selamanya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih keoada rakan-rakan yang saya sudah kongsikan segala emosi ini saban tahun, jurulatih dan staf kejurulatihan, para penyokong yang setia bersama, pihak bertanggungjawab serta staf, dan semua sekali staf kelab yang bekerja keras saban hari bersama skuad.

“Terima kasih Kuala Lumpur City untuk menjadi rumah bola sepak saya,” ujar Morales di media sosial beliau sebentar tadi.

Ketika ini, Morales bersama rakan sepasukan Harimau Malaya sah akan berangkat ke Qatar untuk mengharungi saingan Piala Asia 2023 yang akan bermula tidak beberapa lama sahaja lagi.

Laporan kini di media sosial turut menyatakan kemungkinan besar Morales akan menyertai salah satu pasukan gergasi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN