Penjaga gol Borussia Dortmund, Roman Burki mnegaku yang skuad mereka masih lagi terluka dengan apa yang berlaku tempoh hari.
Tempoh hari, bas yang dinaiki skuad Borussia Dortmund diserang dengan letupan sebelum perlawanan UEFA Champions League menentang AS Monaco.
Hasilnya, Marc Batra mengalami kecederaan dan perlu menjalani pembedahan.
Walaupun yang lain terselamat dari sebarang kecederaan, Burki mengakui yang beliau dan rakan-rakan masih lagi trauma dengan serangan tersebut.
Beliau mendedahkan yang beliau menghadapi masalah tidur yang agak teruk kebelakangan ini.
“Saya ada masalah tidur sejak akhir-akhir ini.”
“Tetapi bila saya bangun, saya bersyukur yang saya bangun dari tidur di atas katil rumah saya dan keluarga saya masih bersama-sama saya.”
Ketika serangan berlaku, Burki mencari-cari pegawai fisio pasukan untuk mendapatkan rawatan dari pegawai tersebut.
Malangnya, pegawai fisio tersebut tidak mampu membantu Burki kerana pegawai tersebut sedang sibuk melindungi dirinya.
“Ketika kami diserang, saya mencari pegawai fisio untuk menbantu saya. Namun saya cuma dapat lihat beliau terbaring sedang sibuk melindungi dirinya juga.”
Pentingkan wang
Burki dan rakan-rakan nyata trauma dan terpaksa berhadapan dengan masalah tersebut ketika menentang AS Monaco beberapa jam selepas itu.
“Sebelum perlawanan bermula, saya menangis kerana masih teringatkan insiden itu.”
Bagi beliau, UEFA cuma pentingkan wang sahaja apabila tidak menangguhkan perlawanan itu dengan lebih lama.
Beliau juga seolah tidak mampu terima alasan yang diberikan oleh pegawai keselamatan tempoh hari.
“Saya ada dengar yang perlawanan akan dibatalkan jika ada yang mati.”
Baca juga: Setiausaha Agung AFC: “TMJ Individu Penuh Optimis, Mampu Ubah Bola Sepak Malaysia”