Haretz melaporkan yang pemilik Chelsea, Roman Abramovich tiba di Israel pada Isnin lalu untuk mendapatkan kerakyatan negara tersebut. Roman Abramovich merupakan pemilik Chelsea sejak 2003.
Roman Abramovic berkepercayaan Yahudi dan memiliki pasport Israel. Namun ia tidak melayakkan beliau menjadi warganegara Israel secara automatik.
Roman Abramovich sudah menghadiri sesi temuduga di pejabat kedutaan Israel di Moscow untuk permohonan kerakyatan itu.
Sebelum ini, Abramovich gagal untuk melanjutkan tempoh visa beliau di United Kingdom. Abramovich terpaksa tidak hadir perlawanan final Piala FA.
Media British menulis, beliau menguruskan visa jangka panjang untuk pelabur di UK (long term investors visa).
Kerajaan British dilaporkan mengetatkan syarat visa kepada orang Rusia selepas percubaan membunuh oleh ‘double agent’, Sergei Skripal di Salisbury.
Times Of Israel juga menyatakan yang Menteri Dalam Negeri mereka mengesahkan Abramovich terbang ke Rusia pada Isnin dengan jet peribadi beliau.
Ia bukanlah perkara luar biasa kerana Abramovich disenaraikan sebagai pelawat kerap oleh Israel. Oleh itu tiada liputan media yang dibuat sebelum ini untuk beberapa lawatan beliau ke Israel.
Cuma kali ini media tertarik dengan tujuan perjalanan beliau untuk menjadi rakyat Israel. Pihak kerajaan Israel dilaporkan sangat berahsia untuk kes seperti ini.
Ramai pemilik kerakyataan mereka yang berprofail tinggi tidak didedahkn kepada umum. Ada juga yang menyatakan bahawa Abramovich sudah memiliki kerakyatan Israel sejak beberapa tahun lalu.
Abramovich dilaporkan sudah diberikan kad pengenalan Israel di bawah peraturan khas di mana, seorang itu boleh memohon menjadi warganegera Israel dengan berkepercayaan Yahudi.
Sebagai tambahan, Roman Abramovich memiliki kekayaan sekitar £11.5 billion. Jika diterima, beliau akan menjadi orang Israel paling kaya di dunia.
Nampaknya, jika semuanya sah, penyokong Chelsea mungkin tidak boleh lagi ‘banter’ penyokong Spurs dengan ejekan Yids. Sebelum ini mereka menggunakan chant Yids dalam lagu Morata yang mengundang tidak selesa oleh pemain terebut.
Yids adalah merujuk kepada orang Yahudi yang dikaitkan. ‘Yids’ (Rujukan: Tottenham Hotspur Support) diangkat oleh penyokong Spurs sebagai solidariti mereka kepada rakan penyokong Yahudi mereka yang sering diejek oleh penyokong Chelsea.