Pemilik Chelsea, Roman Abaramovich bersama beberapa individu lain yang terlibat sebagai perunding, dilaporkan menjadi mangsa senjata kimia radioaktif.
Abramovich dilaporkan mengalami beberapa simptom, menyebabkan beliau disyaki telah diracuni selepas satu pertemuan damai di Kyiv pada awal bulan ini.
Roman Abramovich was victim of a suspected poisoning after a meeting in Kyiv earlier this month
Abramovich appeared to have been targeted by a chemical or radiation weapon threat and has since recovered from the alleged attack. pic.twitter.com/x7rOGGPB4G
— GOAL (@goal) March 28, 2022
Beliau bagaimana pun sudah pulih daripada situasi tersebut. Laporan asal oleh Wall Street Journal berpendapat serangan tersebut dilakukan oleh ejen Rusia berhaluan kiri yang cuba menganggu proses rundingan damai.
Antara simptom yang dialami oleh jutawan minyai itu ialah seperti bermata merah, dan kulit yang mengupas secara berterusan sehingga menyebabkan kesakitan di bahagian muka dan tangan.
Pemilik Chelsea itu dipercayai telah terbang ke Moscow, Ukraine dan Turki sejak mengumumkan akan menjual Chelsea pada 2 Mac lalu.
Apa kaitan Abramovich dengan krisis politik Rusia-Ukraine?
Mereka yang rapat dengan Abaramovich mendakwa beliau terlibat secara langsung dengan rundingan damai sejak pencerobohan tentera Rusia bermula pada Februari lalu.
Malah Abramovich sering kelihatan berada di Belarus dan Ukraine, dan jet peribadinya sering kali terbang di antara Rusia, Belarus dan Turki.
Ukrainian President Zelensky has confirmed Roman Abramovich has been acting as a “go-between” to facilitate peace talks between Russia and Ukraine.
𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐬𝐩𝐞𝐚𝐤 𝐥𝐨𝐮𝐝𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐰𝐨𝐫𝐝𝐬. pic.twitter.com/G4dxjUKxXr
— LDN (@LDNFootbalI) March 23, 2022
Selepas tindakan kerajaan UK yang membekukan segala aset dan menghalang kemasukkannya ke negara itu, pemilik Chelsea itu turut dilabel ‘pro oligarki Kremlin’ kerana perkaitan rapatnya dengan Vladimir Putin sejak sedekad lalu yang memberikan keuntungan secara kewangan hasil daripada hubungan tersebut.
Tindakan sama diambil Kesatuan Eropah (EU) selepas itu, menyebabkan Chelsea berhadapan komplikasi untuk meneruskan urusan kelab.
Bagaimana ia mempengaruhi penjualan Chelsea?
Abramovich tidak berkuasa langsung akan penjualan Chelsea – buat masa ini.
Sebuah firma kewangan, Raine Group menguruskan hal penjualan kelab tersebut tetapi kata putus akhir hanya boleh dimuktamadkan oleh Lembaga Pengarah Chelsea.
Di dalam Lembaga Pengarah Chelsea juga terdapat ramai individu yang mempunyai hubungan rapat secara langsung dengan Abramovich, termasuk Marina Granovskaia, Bruce Buck dan Eugene Tenenbaum.
Chelsea bidders assemble as deadline approaches https://t.co/jMAPs4IMzB pic.twitter.com/LRM2A6qR5m
— Reuters (@Reuters) March 18, 2022
Buat masa ini Chelsea beroperasi menggunakan lesen khas yang dikeluarkan kerajaan UK untuk mengelakkannya daripada bankrap. Ia juga bagi menghalang sebarang hasil penjualan disalurkan kepada Abramovich.
Beberapa hari lalu terdapat laporan yang berkata Chelsea kini sedang mencari pembeli yang mampu memecah rekod nilai jualan sebuah pasukan/kelab sukan.
Rekod terdahulu adalah pada nilai £2.5 billion yang dibelanjakan oleh Joseph Tsai untuk membeli pasukan NBA, Brooklyn Nets.
Pihak yang berkaitan dengan proses jualan Chelsea pula berpendapat nilai £2.5 billion adalah nilai minima untuk Chelsea, dan setiap pembida kini diarahkan untuk menaikkan nilai bidaan masing-masing.