Roma Intai Sarri Untuk Ganti Eusebio Di Serie A

Sky Sports telah melaporkan bahawa kelab Itali, AS Roma telah menghubungi Maurizio Sarri untuk bertanya sekiranya pengurus tersebut mahu menyertai mereka pada musim hadapan.

Sarri berada di dalam tekanan selepas beberapa siri kekalahan memalukan -termasuk tewas 6-0 kepada Manchester City dan disingkirkan oleh Manchester Unuted di pertandingan Piala FA.

Namun kemenangan 3-0 ke atas Malmo, dan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik UEFA Europa League pada awal pagi tadi sekurang-kurangnya meredakan sedikit tekanan tersebut.

Chelsea manager Maurizio Sarri during the FA Cup fifth round match at Stamford Bridge, London. (Photo by Adam Davy/PA Images via Getty Images)

Sumber yang sama berkata beberapa watak penting dalam pengurusan tertinggi di Stamford Bridge telah mengadakan pertemuan, untuk melakukan perbincangan mengenai masa depan pengurus itu.

Mereka dikatakan risau akan prestasi semasa kelab London itu dan menyedari sejauh mana masalah yang ada. Pihak pengurusan juga dikatakan maklum mengenai reaksi penyokong yang tidak gemar akan corak permainan ‘Sarriball’ yang diterapkan oleh pengendali itu di Stamford Bridge ketika kekalahan kepada Manchester United.

Ganti Eusebio de Francesco

Roma difahamkan sedang mencari calon yang sesuai untuk menggantikan Eusebio Di Francesco. Masa depan pengendali Roma itu mulai hangat diperkatakan selepas kekalahan memalukan 7-1 ke atas Fiorentina di suku akhir Coppa Italia.

Di Francesco adalah bekas pemain AS Roma, dan mulai mengendalikan pasukan itu sejak musim lalu yang turut dibayangi dengan kemaraan ke peringkat separuh akhir UEFA Champions League, sebelum disingkirkan oleh Liverpool.

Roma kini berada di kedudukan ke-5 Serie A, dan mempunyai kelebihan 2-1 ke atas Porto di saingan Champions League.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN