“[Kota] Rom tidak dibina dalam sehari.”
Itulah penegasan yang dibuat oleh Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi mengenai prestasi kurang memuaskan skuad kendalian Lim Teong Kim dalam aksi Liga Malaysia (Liga-M).
Ketika ini pihak pengurusan akan bertindak profesional dan enggan mengambil tindakan terburu-buru dalam menentukan masa depan bekas penolong jurulatih skuad remaja Bayern Munich tersebut.
Apatah lagi skuad Seladang ketika ini memandangkan pemain yang ada juga masih muda dan perlu lebih banyak pendedahan.
“Kena beri masa kerana [proses] ini akan memakan masa yang lama. Macam ‘orang puteh’ kata, Rom tidak dibina dalam sehari, ujar Azim dalam temubual bersama Astro Arena.
KITA BERTINDAK PROFESSIONAL' – Jawab Datuk Seri Abdul Azim Zabidi mengenai isu yang berkait dengan Datuk Lim Teong Kim
Saksikan Nadi Arena setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 malam di Astro Arena 801HD!#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/IPftyTbMkP
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 3, 2023
“Jadi tunggulah. Kita kena banyak bersabar.”
Ditanya sama ada pihak pengurusan ada memberikan tempoh masa tertentu kepada Teong Kim untuk mengubah nasib Perak, Azim menegaskan Perak mahu bersikap releven dalam membuat keputusan.
“Kontraknya adalah selama dua tahun, itulah jangka masa yang diberikan kepadanya,” tambahnya lagi.
“Tetapi baru beberapa 3 4 bulan kita dah menggelabah, kita dah cari pasal, saya ingat ini tidak profesionallah.
“Kami berikan masa selama tiga hingga lima tahun, saya sudah jelaskan kepada penyokong kita [sebelum ini]. Daripada lima tahun itu, dalam masa dua hingga tiga tahun itu kita tidaklah sasar untuk kedudukan dua atau tiga terbaik.
“Dalam 1-2 tahun terawal, kami tidak sasar kedudukan 2-3 terbaik dalam liga. kedudukan pertengahan pun sudah cukup.
“Dan apabila sudah bina pasukan, masuk ke fasa tiga, kami akan tingkatkan prestasi,” tambahnya lagi ketika menjelaskan perancangan jangka masa panjang pasukan itu.