Satu insiden di mana Marcos Rojo telah memijak Eden Hazard dijangka akan ditonton semula oleh pengadil elit.
Ianya berlaku ketika perlawanan suku akhir Piala FA melibatkan Chelsea menentang Manchester United di Stamford Brigde.
Ini untuk menentukan sama ada pemain Manchester United itu akan berdepan hukuman restrospektif seperti Ibrahimovic dan Tyrone Mings sebelum ini.
Namun pihak FA England mengesahkan penilaian semula video itu tidak perlu kerana Mark Oliver menyatakan beliau ada menyaksikan insiden ini.
Mark Oliver memberitahu, tindakan Rojo itu tidak memberikan sebarang kemudaratan yang teruk serta tidak cukup untuk dilayangkan kad merah.
Berbeza dengan kes Tyrone Mings dan Ibrahimovic, di mana pengadil menyatakan mereka tidak perasan akan insiden tersebut.
Kesannya Tyrone Mings dan Ibrahimovic masing-masing digantung 5 dan 3 perlawanan.
Manchester United gagal kawal pemain
Namun begitu, pasukan Manchester United akan dikenakan tindakan kerana gagal mengawal pemain mereka.
Pemain-pemain Manchester United telah mengerumuni pengadil untuk membantah kad kuning kedua Ander Hererra. Insiden tersebut berlaku pada minit ke-35.
Ia adalah perkara yang dilarang sama sekali. Ini kerana hanya kapten dan pemain yang diminta pengadil untuk bercakap sahaja boleh bercakap dengan pengadil.
Undang-undang ini berkuatkuasa bermula musim ini.
Manchester United diberikan tempoh sehingga Jumaat ini ataupun 17 Mac 2017 sebelum pukul 6 petang untuk memberikan respon ke atas pertuduhan tersebut.
Baca juga: Statistik Opta: Semalam Genap 100 Hari Manchester United Berada Di Tangga Ke-6