Rodriguez Sah Tidak Bersama Pahang, Kpah Sherman Hampir Pasti Jadi Pengganti?

Kelibat penyerang import lincah Sri Pahang musim ini iaitu Steven Rodriguez sah tidak akan bersama pasukan tersebut lagi untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) tahun hadapan.

Perkara itu dinyatakan sendiri menerusi laporan Harian Metro, selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan tersebut, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan penyerang itu akan kembali bersama kelab lamanya iaitu Independiente Medellin di Colombia.

Terang Suffian, penyerang tersebut akan kembali bersama kelab lamanya kerana status beliau sebelum itu bersama Sri Pahang hanya sebagai pemain pinjaman.

“SPFC tidak boleh berbuat apa-apa kerana kelab Rodriguez mahu penyerang itu kembali bermain bersama kelab mereka.

“Bagi SPFC, kita berterima kasih kepada Rodriguez di atas komitmen yang diberikan biarpun bersama pada jendela perpindahan kedua pemain.

“Semoga Rodriguez cemerlang dan berjaya bersama kelabnya,” kata Mohammed Suffian ketika diminta mengulas kedudukan Rodriguez bersama Sri Pahang musim depan menerusi akhbar tersebut.

Rodriguez sebelum ini tampil bersama Sri Pahang pada pertengahan musim jelas meninggalkan impak yang sangat positif di bahagian serangan pasukan tersebut.

Secara keseluruhan, Rodriguez telah pun menyumbang 12 gol daripada 17 perlawanan disertai pemain tersebut bersama Sri Pahang musim ini untuk saingan peringkat domestik.

Walaupun begitu, dikhabarkan pasukan tersebut telah pun mendapat pengganti kepada Rodriguez di posisi serangan untuk saingan musim hadapan.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang kebangsaan Liberia, Kpah Sherman selepas ia didedahkan sendiri menerusi laman Twitter rasmi milik wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam dengan menyatakan Kpah bakal menyertai Sri Pahang pada musim hadapan.

Tambah beliau, musim hadapan juga menyaksikan Sri Pahang bakal dibimbing sepenuhnya oleh Fandi Ahmad selain seorang lagi pemain baharu bakal menyertai pasukan tersebut iaitu Azrif Nasrulhaq.

“Sri Pahang FC yang dijangka akan dibimbing Fandi Ahmad sepenuhnya musim depan difahamkan sudah berjaya mendapatkan top scorer Liga Super 2019 Kpah Sean Sherman dan pertahanan Azrif Nasrulhaq,” jelas beliau.

Seperti diakui, Kpah merupakan salah seorang penggempur yang konsisten sejak beberapa musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Rekod selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia 2022 pastinya akan ditagih pasukan tersebut untuk meninggalkan impak positif bersama Sri Pahang musim hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN