Rodri: “Malu Apa Bossku Kalau Sepanyol Kalah Dengan Maghribi?”

Rodri

Pemain tengah Sepanyol, Rodri menganggap jika negaranya tumbang kepada Maghribi dalam aksi pusingan 16 terakhir Qatar 2022, tiada apa hendak dimalukan.

Sepanyol bakal berdepan dengan Maghribi yang mencuri tumpuan ramai apabila berjaya lolos ke pusingan kalah mati dengan prospek untuk bermain di suku akhir.

Bercakap kepada media sebelum perlawanan, Rodri mengakui yang seandainya Sepanyol tumbang, tiada apa yang hendak dimalukan daripada kekalahan tersebut.

“Kami tidak takut untuk gagal,” kata Rodri.

Walaupun berasakan tidak takut untuk kalah, tetapi pemain Manchester City itu seeloknya mahu La Roja berada lama di Qatar untuk memburu kejuaraan dunia kedua mereka.

“Kami mempunyai cita-cita, berharap akan terus berada di Piala Dunia. Kami mahu kekal di sini selama mana yang boleh.

“Kami telah mara sejauh ini dan akan menghadapi satu perlawanan hebat [menentang Maghribi]. Harap semua akan terhibur dengan perlawanan ini kejayaan memihak Sepanyol,” tambah Rodri lagi.

Dalam masa yang sama, Rodri mengakui Sepanyol adalah skuad yang bercita-cita tinggi, tidak gentar dan bercita-cita untuk mencatatkan kemenangan.

Jika berjaya menewaskan Maghribi, skuad kendalian Luis Enrique ini akan menepati ramalan sama seperti pasukan-pasukan pilihan lain seperti Argentina, Brazil dan Belanda yang turut berjaya mara ke suku akhir.

Sepanyol akan berdepan wakil Afrika itu pada jam 11 malam ini waktu Malaysia sebelum satu lagi tempat ke suku akhir akan ditentukan menerusi pertembungan antara Portugal dengan Switzerland.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN