Rodri Dedikasi Kemenangan Ballon d’Or Buat Bekas Pemain Legenda Sepanyol

Pemain tengah Manchester City iaitu Rodri secara rasminya telah pun mencipta kejayaan untuk memperoleh gelaran selaku pemain bola sepak lelaki terbaik buat pertama kali dalam karier.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya terlepas satu perlawanan sahaja pada saingan lalu telah pun menampilkan aksi terbaik untuk membantu kelab serta skuad kebangsaan beliau meraih pelbagai kejuaraan.

Rekod sebelum ini menyaksikan Rodri telah pun meraih gelaran juara Premier League di England, UEFA Super Cup, serta Club World Cup bersama Man City yang dianggap sebagai pencapaian cukup luar biasa.

Untuk rekod lain juga menyaksikan Rodri menjadi pemain pertama buat Man City yang memperoleh kejuaraan Ballon d’Or dan mengetepikan nama besar lain seperti Vinicius Jr dari Brazil yang berada di tangga kedua.

Pemain tengah Real Madrid iaitu Jude Bellingham pula di tangga ketiga dan kedudukan itu sangat tinggi buat pemain dari England sejak Frank Lampard melakukannya pada tahun 2005.

Walaupun tampil boikot kejuaraan tersebut, Real Madrid telah pun meraih kejayaan selaku kelab tahunan terbaik serta Carlo Ancelotti dinamakan selaku jurulatih tahunan terbaik.

Boikot tersebut dilakukan kelab tersebut, selepas mereka mengetahui Vinicius tidak memenangi kejuaraan Ballon d’Or dan tiada seorang wakil pasukan itu berada di sana.

“Hari yang sangat istimewa buat saya, keluarga, serta negara saya sendiri iaitu Sepanyol. Kejayaan ini bukan kepada saya seorang, tetapi buat bola sepak Sepanyol.

“Ia adalah untuk para pemain Sepanyol yang sebenarnya sangat layak tetapi tidak pernah mendapat gelaran tersebut seperti Andres Iniesta, Xavi Hernandez, Iker Casillas, Sergio Busquets serta ramai lagi,” ujar beliau menerusi perkongsian BBC.

Kejuaraan lain menyaksikan Harry Kane dan Kylian Mbappe berkongsi trofi Gerd Muller, selepas masing-masing meledak 52 gol pada semua saingan musim lalu.

Tanpa kelibat Mbappe, penyerang kebangsaan England itu seoran sahaja menaiki pentas untuk menyampaikan ucapan penghargaan atas kejayaan tersebut.

“Terima kasih buat kelab saya iaitu Bayern Munich, semua staf dan rakan sepasukan untuk membantu saya meledak semua gol pada saingan lalu,” ujar beliau pula.

Sementara itu bintang muda Barcelona, Lamine Yamal turut meraih trofi Kopa atas persembahan menakjubkan bersama kelab walaupun masih muda dengan tujuh gol dan sembilan bantuan jaringan direkodkannya pada saingan lalu.

Penjaga gol Aston Villa pula meraih gelaran selaku penjaga gol terbaik bagi anugerah trofi Yashin buat kali kedua berturut-turut atas pencapaian beliau dianggap sangat cemerlang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN