Rodgers Pertahan Kenyataan Klopp

Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers telah mempertahankan pandangan yang diberkan oleh pengendali Liverpool iaitu Jurgen Klopp mengenai cuti rehat musim sejuk bagi pasukan Premier League.

Bekas pengendali Liverpool itu jelas senada dengan apa pengurus semasa The Reds itu mengenai cuti musim sejuk yang pertama kali diperkenalkan di Premier League.

“Beliau ada hak untuk berbuat demikian. Sebab itulah kita ada pasukan utama, pasukan simpanan dan pasukan muda.”

“Saya sudah katakan sebelum ini yang para pemain terbeban dengan tekanan dengan perlawanan pada bulan Disember dan perayaan Krismas. Sebab itulah cuti rehat ini diadakan.”

Klopp mengatakan sebelum ini yang Liverpool akan menurunkan skuad B-23 mereka menentang Shrewsbury Town dalam aksi ulangan pusingan keempat FA Cup.

Lebih mengejutkan, Klopp sendiri tidak akan turun pada perlawanan itu dan ianya akan dikendalikan oleh pengurus skuad muda Liverpool.

Rodgers juga turut menempelak FA England yang mahu mengadakan juga perlawanan ulangan pada cuti rehat itu.

“Keterlaluan untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tempoh itu.”

“Klopp ada hak untuk turunkan siapa pun yang beliau mahu. Jika beliau mahu rehatkan semua pemain utama untuk kebaikan kelab yang merupakan majikan beliau, maka beliau akan buat dan Klopp ada hak untuk melakukannya.”

Cuti rehat Premier League bermula pada 2 hingga 16 Februari sementara perlawanan ulangan pusingan keempat FA Cup diadakan pada 4 & 5 Februari 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN