Robin Van Persie Nasihati Marcus Rashford, Tak Perlu Tiru Gaya Ronaldo

Rashford

Bekas penyerang Manchester United, Robin Van Persie menasihati penyerang muda, Marcus Rashford agar tidak meniru gaya Cristiano Ronaldo tetapi sebaliknya kekal dengan identiti unik beliau sendiri.

Rashford, 22 tahun, sedang menikmati karier yang semakin meningkat susulan prestasi baik dipamerkannya pada ketika ini dengan 16 gol dalam semua pertandingan disertai United.

Keadaan tersebut menyebabkan pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer membayangkan Rashford mampu untuk mencapai prestasi seperti legenda bola sepak dunia yang masih beraksi itu.

Namun, Van Persie beranggapan bahawa penyerang skuad kebangsaan England itu boleh menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai ikutan tanpa meniru gayanya.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 25: Robin van Persie of Manchester United celebrates scoring their first goal during the Barclays Premier League match between Manchester United and Fulham at Old Trafford on August 25, 2012 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

”Saya telah melihat ramai pemain mahu menjadi seperti seseorang pemain terkenal dunia yang lain, ia tidak berhasil. Jika anda dapat belajar teknik dan skill mereka, ia hebat. Tetapi jangan cuba untuk meniru gaya mereka.”

”Saya mengambil Dennis [Bergkamp] sebagai contoh, saya pernah melihat dia melakukan satu sesi latihan hantaran bersama pemain muda,” ujar Van Persie kepada wartawan BT Sport.

”Dia tidak melakukan sebarang kesilapan dalam 45 minit tersebut, di mana saya melakukan 50 kesilapan, kesilapan yang mudah.”

”Saya perlu mengubah diri sendiri, sasaran untuk menjadi pemain ternama. Jadi sepanjang perjalanan itu, anda akan belajar sedikit demi sedikit.”

Kredit foto: Worcester News/Press Association

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN