Pengurus Sepanyol, Roberto Moreno akan ‘mengundurkan diri’ sekiranya Luis Enrique mahukan jawatan tersebut kembali.
Enrique sebelum ini meletak jawatan pada Jun lalu atas sebab peribadi. Beliau kemudiannya mengumumkan kematian anak perempuan berusia sembilan tahun, Xana yang sebelum ini bergelut dengan penyakit barah tulang.
Pengendali berusia 49 tahun itu mengendalikan Sepanyol selama 11 bulan, sebelum digantikan oleh Moreno yang merupakan pembantu beliau.
“Jika Luis [Enrique] mahu kembali satu hari nanti, saya teramat sudi untuk mengundurkan diri dan terus berkhidmat di bawah beliau,” ujar Moreno.
“Secara peribadi, Luis adalah seorang sahabat. Dan persahabatan akan menjadi perkara terutama dari perkara lain.”
Spain Roberto Moreno on Luis Enrique:
“I consider Luis a friend and this friendship goes ahead of everything else.”If he wants to return one day, I will be delighted to step aside and work with him.”
Absolutely top class ? ? pic.twitter.com/momSM3DW7s
— CaughtOffside (@caughtoffside) September 3, 2019
Moreno pada mulanya menggantikan Enrique secara sementara sebelum diumumkan sebagai pengurus tetap skuad Sepanyol.
Beliau kini sedang sibuk mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi perlawanan pusingan kelayakan Euro 2020 menentang Romania apda Khamis, sebelum menanti kunjungan Faroe Island pada Ahad.
“Ia minggu yang amat sukar,” tambah Moreno.
“Kami akan cuba memberikan sedikit kegembiraan di sebalik kehibaan ini. Itulah perkara yang boleh kami lakukan sebagai satu kumpulan.”