Luis Enrique dilaporkan bersedia untuk kembali sebagai pengurus Sepanyol pada hari ini. Ianya selepas lima bulan meletakkan jawatan tersebut.
Beliau meninggalkan jawatan itu kerana anak perempuannya yang berumur sembilan tahun, yang mengidap kanser tulang dan kemudiannya meninggal dunia.
Bekas pembantunya, Roberto Moreno, yang mengambil alih sebagai ketua jurulatih. Moreno cemerlang bersama dengan Sepanyol dan membantu La Roja mara ke Euro 2020.
Moreno mengosongkan jawatan itu bagi memberikan laluan kepada Luis Enrique kembali.
Moreno meninggalkan stadium Metropolitano dengan tangisan dan tanpa berkata apa-apa selepas kemenangan 5-0 Sepanyol ke atas Romania.
Ini merupakan pertukaran jurulatih kelima dalam struktur pengurus Sepanyol sejak Jun 2018, so bawak Presiden RFEF – Luis Rubiales.
Julen Lopetegui dipecat pada malam sebelum Piala Dunia selepas bersetuju untuk menyertai Real Madrid selepas tamat kejohanan itu.
Lopetegui digantikan oleh Fernando Hierro secara interim untuk pertandingan tersebut. Dan selepas itu Sepanyol melantik dan Luis Enrique, Moreno dan kini Luis Enrique lagi.
Selepas aksi cemerlang, Roberto Moreno diberikan kontrak pengurus tetap selama setahun sehingga musim panas akan datang.
Moreno pernah janji akan berundur demi Enrique
Pada bulan September lalu, Moreno berkata dia akan memberikan laluan jika Luis Enrique mahu kembali.
Moreno sanggup meletakkan jawatan demi persahabatannya dengan Luis Enrique dan menganggap jurulatih itu sebagai paling layak.
Difahamkan, Roberto Moreno akan ditawarkan menjadi sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan, dan kembali kepada jawatan lamanya iaitu sebagai pembantu kepada Luis Enrique.
RFEF percaya gandingan Enrique dan Moreno akan kembali menguatkan lagi pasukan Sepanyol.
Moreno kecewa
Tetapi sekarang situasi dia berbeza. Roberto Moreno dilaporkan sangat kecewa dengan Presiden Rubiales.
Hal ini kerana Rubiales dilaporkan sudah berjanji Moreno akan menggalas tugas pengurus sehingga Euro 2020. Hal itu dinyatakan sendiri oleh Rubiales selepas aksi menentang Malta.
Tetapi Rubiales dipercayai telah melakukan perbincangan di belakang Moreno tentang kepulangan Enrique. Dan hanya diberitahu selepas kontrak dengan Enrique dimeterai. Ini yang membuatkan Moreno sangat kecewa.
Oleh sebab tu pemeherhati bola sepak tidak rasa Moreno akan menggalas tugasan lamanya sebagai pembantu Enrique.
Hal ini kerana mereka percaya reaksi Moreno selepas aksi Sepanyol di Metropolitano semalam menggambarkan kekecewaan beliau. Para pemain juga dilihat memberikan solidariti kepada Moreno dan tidak bercakap kepada wartawan.
Pandangan penulis
Sukar nak menyatakan Moreno cakap tak serupa bikin. Beliau sebelum ini berjanji berundur jika Luis Enrique mahu kembali.
Bagi penulis, cara RFEF mengendalikan situasi ini sangat teruk. Luis Rubiales telah berjanji akan memberikan Moreno peluang terus mengggalas tugas sehingga Euro 2020.
Mungkin Moreno akan lebih terbuka untuk melepaskan jawatan jika RFEF tidak berunding dengan Enrique tanpa pengetahuannya.
Siapa tak sakit hati kalau dibelakangkan dalam hal seperti ini? Lebih-lebih lagi beliau sudah melakukan tugasannya dengan sebaiknya.
Apapun, penulis percaya, Moreno kini akan menjadi buruan banyak kelab selepas pencapaian cemerlang beliau bersama Sepanyol.