Roberto Martinez Dipilih Sebagai Calon Utama Pengendali Real Madrid

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Belgium, Roberto Marti­nez kini disebut-sebut bakal mengendalikan pasukan Real Madrid selepas pihak pengurusan skuad Los Blancos memilihnya sebagai calon utama untuk menggantikan tempat Julen Lopetegui.

Martinez tidak mempunyai rekod cemerlang ketika membimbing kelab, namun namanya mula melonjak apabila membawa Belgium menduduki tangga ketiga pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sebelum ini, bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte dikatakan akan menggantikan Julen Lopetegui yang dipecat selepas empat bulan membimbing Real ekoran kekalahan memalukan 1-5 kepada Barcelona, minggu lalu.

Akhbar Britain, Daily Mail mendakwa, terdapat bantahan dalam bilik persalinan apabila nama Conte disebut sebagai calon jurulatih.

Begitupun, Real tidak pernah membuat tawaran rasmi kepada Martinez atau menghubungi Persatuan Bola Sepak Belgium (KBVB) bagi berbincang me­ngenai jurulatih berusia 45 tahun itu, yang hanya tamat kontrak selepas Kejohanan Eropah 2020.

Mengulas mengenai isu Martinez, KBVB hari ini berkata: “Kami tidak mahu mengulas tentang kan­dungan kontrak Persatuan Bola Sepak Belgium de­ngan pihak lain kerana ia adalah sulit.

“Namun, jika sesebuah kelab mahu melantik Martinez, mereka sepatutnya mencapai persetujuan dengan kami terlebih dahulu.”

Sebelum membimbing Belgium, Martinez pernah me­latih Everton, Wigan dan Swansea.

Jika dia dilantik, ada kemungkinan Eden Hazard bakal menyertai Real kerana Marti­nez mempunyai hubu­ngan baik dengan bintang tengah Chelsea itu di Belgium.

Sementara itu penjaga gol Real, Thibaut Courtois yang bermain di bawah Martinez dalam skuad Belgium, menafikan dia antara pemain yang mendesak agar jurulatih kelahiran Sepanyol itu diambil berbanding Conte atau Jose Mourinho.

“Saya dengan tegas menafikan laporan yang disiarkan di @elpais_deportes mengenai saya.

“Ia (laporan) antara pembohongan yang menyakiti saya sebagai pemain profesional. Saya mahu mereka perbetulkan keadaan atau akan mengambil tindakan undang-undang,” tulisnya dalam Twitter.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN