Roberto Mancini Diumumkan Sebagai Jurulatih Baharu Skuad Kebangsaan Itali

Persekutuan Bolasepak Itali telah mengumumkan secara rasmi bahawa bekas pengendali Manchester City, Roberto Mancini diberi mandat untuk membimbing skuad kebangsaan Itali selama 2 tahun.

Itali tidak memiliki sebarang jurulatih tetap sejak Gian Piero Ventura dipecat berikutan kegagalan juara dunia empat kali itu mara ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Persekutuan bola sepak Itali mencari jurulatih berprestij untuk membina kembali skuad Azzurri yang tersingkir selepas kekalahan kepada Sweden dalam aksi play-off di San Siro November lalu.

Bekas jurulatih Bayern Munich, Carlo Ancelotti dan pengurus Chelsea Antonio Conte turut menjadi sebutan namun Ancelotti dilaporkan menolak tawaran itu.

Mancini menunjukkan minat untuk mengambil alih skuad kebangsaan itu dan bersedia mengorbankan kontrak lumayannya bersama Zenit Saint Petersburg.

Selepas kontrak tiga tahun itu dibatalkan secara rasmi atas persetujuan bersama kelmarin, jurulatih berusia 53 tahun itu segera menuju ke Rome semalam dan menandatangani kontrak baru kemudiannya.

Tugasnya termasuk membentuk dan membawa Itali ke Kejuaraan Eropah 2020 dengan perlawanan pertama kendaliannya adalah aksi persahabatan menentang Arab Saudi di Switzerland 28 Mei ini.

Pesuruhjaya FA Itali Roberto Fabbricini berkata Mancini menunjukkan ‘keinginan mendalam’ untuk menjadi jurulatih baru Itali.

Sidang akhbar jurulatih berkenaan akan diadakan di pusat latihan pasukan kebangsaan di Coverciano dekat Florence.

https://twitter.com/FabrizioRomano/status/995082524736081920

“Ia berlaku seperti yang kita harapkan, kami gembira dan Roberto juga gembira,” kata Fabbricini selepas kontrak itu ditandatangani di Rome.

“Kami akan jelaskan segala-galanya mengenai kontrak itu, beliau gembira dan begitu juga dengan kami.”

Mancini pernah membawa Manchester City menjulang gelaran Inggeris pertama selepas 44 tahun pada 2012, menjuarai tiga gelaran Serie A dengan Inter Milan. Beliau juga menjulang Piala Itali bersama Inter, Fiorentina dan Lazio.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN