Jika 2 hari yang lalu kami menyiarkan berita tentang siasatan ke atas perpindahan Paul Pogba, kali ini cerita tentang perpindahan Roberto Firmino pula.
Roberto Firmino dibeli oleh Liverpool dari TSG Hoffenheim pada 2015 dengan nilai £29 juta. Beliau terus menjadi pemain kesayangan peminat di Anfield.
Pada era Klopp pemain ini menjadi salah seorang penggempur paling bahaya di EPL. Beliau juga menjadi pemain utama dalam skuad kebangsaan Brazil.
Berbalik kepada saga perpindahan yang meragukan melibatkan Firmino, Hoffenheim dilaporkan hanya menerima £5.8 juta daripada perpindahan tersebut buat masa ini.
Ke mana lagi selebihnya?
Football Leaks mendedahkan sekitar £23 juta lagi wang perpindahan itu telah diambil oleh Dietmar Hopp dalam satu dasar bunga (interest) yang tidak masuk akal.
Ia sekaligus membuatkan FIFA meragui bagaimana jumlah bunga yang dikenakan terlalu tinggi dan pada masa yang sama pihak Hoffenheim tidak bising tentang hal ini.
Timbul persoalan, adakah pegawai dalam Hoffenheim sendiri merestui perkara ini?
Sebelum ini FIFA menyiasat perpindahan Paul Pogba dengan Mino Raiola antara individu yang diminta menjawab tentang isu itu,
Mino Raiola disyaki menerima bayaran agensi sebanyak 2 kali iaitu £22.8 juta dari Juventus danfrom £16.4 juta daripada Manchester United.
Dalam satu kenyataan Football Leaks juga menyatakan, Liverpool FC langsung tiada kaitan dengan sebarang salah laku.
Ini kerana mereka telah membayar jumlah yang ditetapkan oleh pihak penjual. Cuma yang menjadi persoalan kena Hoffenheim hanya menerima duit kurang daripada £6 juta.
Baca juga: Presiden FAM Tak Setuju Keputusan AFC, Tetap Mahu Gelanggang Berkecuali Digunakan