Roberto Carlos antara bekas pemain yang bersama-sama dengan pasukan Real Madrid meraikan kejuaraan UCL 2016/17.
Bercakap kepada Radio Ondacero, Carlos berkongsi kisah lucu Marcelo yang tiba-tiba panik kerana semua memakai jersi no.12.
No.12 adalah nombor skuad yang dipakai oleh Marcelo.
Mungkin kerana kem pemain Real Madrid sebelum ini merancang untuk melakukan solidariti untuk Keylor Navas supaya pemain itu tidak dijual.
Marcelo mungkin rasa panik, mana tahu, senyap-senyap dia pun dalam senarai untuk dijual. Dan menganggap pemain-pemain Real Madrid memakai jersi no.12 untuk bersolidariti untuk beliau.
Biasanya solidariti pemain ini juga dilakukan untuk pemain yang cedera teruk atau ditimpa tragedi. Marcelo buat masa ini dalam keadaan cergas.
Carlos berkata:
“Marcelo dalam keadaan ‘mabuk’ (nota editor: bukan mabuk alkohol) tidak tentu arah bertanya kepada orang di sana, bertanya: ‘Kenapa semua orang pakai nombor saya?. Dia dalam keadaan resah.”
“Untuk beberapa saat, dia terlupa yang Real Madrid sebenarnya sudah menjuarai UCL ke-12 pada malam itu.”
Roberto Carlos kagum dengan pencapaian Zinedine Zidane sepanjang tempoh mengendalikan Real Madrid.
Ia menutup keraguan segelintir penyokong yang sebelum ini mendesak Ancelotti kembali ke Real Madrid. Ada yang mendesak Real Madrid mendapatkan pengurus yang lebih berpengalaman.
Namun, bak kata pengurus Huddersfield:
“Pengalaman itu penting, tetapi ia bukan segala-galanya dalam bola sepak.”
Real Madrid menjadi pasukan pertama mempertahankan UCL sejak ia dimodenkan pada 1992.