Interaksi di kalangan manusia menjadi amat minima disebabkan oleh wabak coronavirus. Tetapi ia tidak menghalang bek kiri Liverpool, Andrew Robertson dari berinteraksi dengan penyokong dan peminatnya — melalui Twitter.
Pada krtika ini social distancing digalakkan di kalangan sesama. Robertson pula mengambil kesempatan dari penangguhan liga untuk berinteraksi dengan penyokong.
“Saya akan mencuba yang terbaik untuk membuatkan penyendirian anda lebih seronok dengan melakukan #AskRobbo,” kata Robertson melalui Twitter.
“Saya akan menjawab sebanyak mana mungkin. Silakan bertanya!”
Pemain antarabangsa Scotland itu kemudiannya dihujani dengan soaln-soalan. Namun satu soalan yang mendapat perhatian Robertson dan ramai adalah soalan berkisar kepada rakan sepasukan di Anfield, virgil van Dijk.
Hari ini Van Dijk dan Robertson adalah rakan sepasukan dan merupakan antara tunjang kekuatan Liverpool di bahagian pertahanan pada musim ini.
Namun ketika kedua-duanya masih beraksi di Scotland, kedua-dua pemain adalah seteru. Robertson beraksi bersama Dundee United, manakala Van Dijk pula pada ketika itu bersama Celtic.
Salah seorang peminat, @SamuelLFC berkongsi gambar kedua-dua pemain sedang berada di dalam situasi perebutan bola dan bertanya: “Masihkan anda atau Virgil ingat gambar dari enam tahun lalu ini, dan siapakah yang memenangi bola tersebut? #AskRobbo”
Robertson dengan yakinnya menjawab, “Saya memenangi bola itu dan menyimpan Van Dijk di dalam poket sepanjang perlawanan!!”
Hari ini Van Dijk dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan tengah paling lengkap dan terbaik dunia, dan Robertson hanya mempunyai pujian terhadap rakan sepasukannya itu.
Ditanya oleh seorang lagi peminat @lfcisabelle, siapakah pemain yang beliau tidak mahu berhadapan, Robertson pantas menjawab Van Dijk!
“Itu kerana dia akan menanduk keluar semua hantaran lintang yang saya lakukan!” jawab Robertson.
Celtic masih lagi merupakan kelab yang berada di dalam diri Robertson. Beliau adalah sebahagian daripada produk akademi kelab Scotland itu, dan merupakan peminat Henrik Larssin ketika zaman kanak-kanak.
Robertson turut berkongsi jaringan Larsson dalam perlawanan menentang Boavista yang memastikan Celtic mara ke perlawanan akhir Piala UEFA pada 2003 adalah gol kegemarannya dari bekas pemain antarabangsa Sweden itu.