Rob Friend Dedah Status Terbaharu Tentang Pemain Warisan Malaysia

Rob Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tampil berkongsikan status terbaharu mengenai kehadiran bakal pemain warisan yang akan menyertai kem Harimau Malaya tidak lama lagi.

Menurut Rob, proses mendaftarkan pemain warisan Malaysia baharu dari Belanda sudah pun memasuki fasa akhir selain tiga lagi nama juga dijangka akan bersama skuad kebangsaan.

Proses pendaftaran itu giat dilakukan kerana Rob mahu Harimau Malaya membuat persiapan untuk siri Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung pada bulan Mac hadapan.

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac, dan dengan mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya.

“Walau bagaimanapun, kami tetap sama-sama komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain domestik di semua peringkat bola sepak di Malaysia.

“Walaupun naturalisasi adalah antara komponen penting dalam strategi kami, kami memahami kepentingan memupuk bakat tempatan untuk memastikan kejayaan yang mampan untuk pasukan kebangsaan.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan skuad seimbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia,” ujar beliau menerusi perkongsian dibuat oleh FAM.

Terdahulu, Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor (PSJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan kira-kira tujuh nama pemain warisan dikenal pasti untuk menyertai pasukan kebangsaan.

Malah, baginda turut menggesa supaya kerajaan Malaysia mengambil tindakan pantas untuk proses pendaftaran para pemain tersebut demi memudahkan perjalanan mereka untuk menyertai pasukan kebangsaan bagi siri Kelayakan Piala Asia 2027.

“Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.”

“Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” ujar baginda menerusi media sosial X sebelum itu dan mendapat pelbagai reaksi peminat.

Pandangan anda, siapakah pemain warisan pertama tahun ini yang bakal didaftarkan untuk mengharungi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bersama Harimau Malaya?

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN