Rob Friend Akui Teruja Lihat Visi FAM & Tunku Ismail

Robert Douglas Friend atau lebih dikenali selaku Rob Friend akui sangat teruja akan revolusi bola sepak yang giat diusahakan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor buat Harimau Malaya.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Harimau Malaya, Rob Friend merupakan antara projek revolusi baharu yang dicetuskan oleh Tunku Ismail dalam usaha memantapkan kembali Harimau Malaya.

Selain Rob Friend, seorang lagi ahli keluarga baharu bola sepak Malaysia iaitu Dr. Craig Duncan selaku Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Pasukan Kebangsaan turut tiba semalam di Malaysia.

Menurut Rob, beliau mengakui berbesar hati unruk menjadi sebahagian daripada keluarga Harimau Malaya menerusi penstrukturan baharu yang kini sedang giat dijalankan.

“Ini merupakan satu peluang yang baik buat diri saya. Saya sangat teruja untuk menyertai revolusi skuad Harimau Malaya. Malaysia umpama sang gergasi yang sedang tidur.

“Saya sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemegang taruh terlibat seterusnya bersama-sama membangunkan sukan bola sepak di negara ini,” katanya.

Pada masa sama, bekas pemain kebangsaan Kanada itu turut memberi penghargaan buat FAM bersama Tunku Ismail menerusi peluang yang diberikan kepadanya untuk membangunkan bola sepak negara.

Rob turut mengucapkan penghargaan kepada FAM dan Tunku Mahkota Ismail yang membuka peluang buatnya sambil melihat projek revolusi Harimau Malaya sebagai peluang yang unik buat dirinya untuk membangunkan bola sepak di Malaysia.

“Apa yang membuatkan saya teruja adalah visi FAM dan visi Tunku Mahkota Ismail. Oleh sebab itulah, saya berada di sini. Baginda merupakan orang yang paling berwawasan yang pernah saya temui.

“Ketika saya bertemu dengan Tunku Mahkota Ismail, baginda menjelaskan tentang projek revolusi skuad Harimau Malaya. Pada pendapat saya, ini merupakan projek paling mengujakan dalam industri bola sepak global.

“Saya turut melihat bahawa ini merupakan peluang yang unik untuk membangunkan bola sepak di Malaysia,” katanya lagi.

Akhir sekali, Rob juga akan memastikan struktur organisasi baharu tersebut bakal lengkap bersama tenaga kerja berkualiti serta berpengalaman demi memastikan proses pembentukan Harimau Malaya yang ampuh berjalan lancar.

Kami di Semuanya BOLA juga berharap segala perancangan Rob Friend mampu berjalan lancar demi memastikan Harimau Malaya bukan sekadar mengaum di Asia malah pentas lebih tinggi.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN