RMS: “Tak Semua Kerja Perlu Ditunjuk Di Media Sosial”

Raja Muda Selangor

Pengerusi Selangor, Raja Muda Selangor (RMS) menafikan yang penglibatannya dalam pasukan tidaklah seminima yang disangka.

Sebelum ini, terdapat tanggapan dalam kalangan penyokong Selangor yang berasakan Raja Muda Selangor “tidak buat kerja” disaat kelab mengalami kejatuhan.

Bercakap menerusi kenyataan rasmi kelab, RMS menyatakan yang semua usahanya tidak perlu ditonjolkan dengan ketara di media sosial.

“Beta ingin tegaskan bahawa tidak semestinya gerak kerja beta di kelab perlu dipertontonkan dan dipamerkan di media sosial.

”Untuk pengetahuan semua, setiap keputusan teknikal dan keputusan kelab yang penting adalah berteraskan hala tuju yang beta telah tetapkan berasaskan perkenan dari beta sendiri,” jelas RMS.

Menurut RMS lagi, kekecewaan jelas terpancar di pihak pengurusan kelab apabila prestasi pasukan tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Dan kini, Selangor sedang mula merangka strategi untuk musim hadapan dengan beberapa pelantikan penting akan dilakukan.

“Beta bersama pihak pengurusan sudah mula menangani isu-isu tersebut [masalah prestasi pasukan] dan telah memulakan gerak kerja untuk musim hadapan,

“ [Ia] disusuli beberapa pelantikan teknikal yang baharu termasuk pengarah sukan, pengarah teknikal, bahagian kejurulatihan serta langkah-langkah lain yang perlu untuk memperkuatkan pasukan utama Selangor,” terang RMS.

RMS dalam masa yang sama mengesahkan yang telah menerima perletakan jawatan Izhar Moslim yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kontroversi melibatkan Selangor.

”Baru-baru ini, beta telah memberi perkenan surat perletakan jawatan beliau yang bertarikh 7 Julai 2022, maka beliau tidak lagi terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengurusan Selangor.”

Izhar merupakan mantan Naib Presiden Selangor FA dan juga antara muka-muka awal penswastaan Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN