‘RM1.6 Juta’ – Pengurusan Baharu Perak XOX Bhd Langsai Sebahagian Tunggakan Gaji

Akhirnya pemain dan pegawai pasukan Perak boleh menarik nafas lega selepas pengurusan baharu kelab tersebut XOX Bhd menyelesaikan sebahagian daripada gaji yang telah tertunggak untuk tempoh beberapa bulan.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan media oleh syarikat telekomunikasi berkenaan pada Jumaat.

XOX muncul pemilik baharu Perak selepas menyelesaikan pengambil alihan dari Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd pada penghujung bulan lalu.

“XOX Bhd hari ini mengumumkan bahawa proses pembayaran tunggakan gaji para pemain Perak FC telah dimulakan,” ujar pihak pengurusan dalam kenyataan media tersebut.

“Daripada jumlah keseluruhan 168 kakitangan Perak FC, termasuk para pemain bola, lebih kurang RM1.6 juta telah dibayar kepada 94 orang.

“Perak FC menjangkakan proses pelangsaian semua pembayaran yang berbaki akan dilengkapkan seawal minggu hadapan, sebaik sahaja selesai semua proses pengesahan dan pengisytiharan hutang-hutang.

“Pihak pengurusan baharu Perak FC bersama pihak eksekutif XOX mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan semua pihak berkaitan dengan kelab bola Perak atas sokongan mereka.

“XOX berharap agar ini merupakan permulaan baharu dengan memberi tumpuan kepada pembinaan semula Perak FC serta mengembalikan zaman kegemilangannya.”

Perkembangan terbaharu ini pastinya sedikit sebanyak menaikkan motivasi pemain Perak yang akan beraksi menentang UiTM di tempat sendiri pada Sabtu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN